Ten Hag Beri 4 Sebab Kenapa Pellistri Ada Masa Depan Cerah Di Old Trafford

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag tampil beri empat sebab mengapa Facundo Pellistri ada masa depan yang cerah di Old Trafford selepas ramai peminat mula mempersoalkan tentang kemampuan bintang muda itu.

Facundo Pellistri diturunkan sebagai pemain gantian dalam aksi pertemuan bertemu Nottingham Forest awal pagi tadi dan kerana beliau mempamerkan aksi persembahan yang cemerlang, ramai peminat yang mula mempersoalkan tentang masa depan beliau.

Pemain kebangsaan Uruguay itu hanya bermain dalam satu perlawanan kompetetif sahaja untuk Man United sebelum aksi bertemu Nottingham Forest awal pagi tadi.

Beliau jarang diturunkan walau namanya sering disenaraikan dalam senarai skuad Man United di bawah kendalian Erik ten Hag.

Secara keseluruhannya beliau hanya membuat dua penampilan sahaja sepanjang musim ini dan kedua-dua penampilan itu dalam saingan Carabao Cup.

Beliau hanya beraksi selama sembilan minit sahaja ketika bertemu Charlton dan hari ini beliau diberi 20 minit untuk beraksi bertemu Nottingham Forest.

Larian-larian pantas beliau sedikit sebanyak memberi masalah besar kepada barisan pertahanan lawan dan beliau turut mencipta peluang untuk Wout Weghorst.

Pellistri juga turut terlibat dengan gol ketiga Man United yang dijaringkan oleh Bruno Fernandes pada aksi babak kedua perlawanan.

David de Gea, Lisandro Martinez dan Bruno Fernandes merupakan antara bintang United yang memuji Pellistri selepas tamat perlawanan tersebut.

Bukan hanya para pemain, bahkan pengurus Man United sendiri turut memuji kehebatan bintang muda itu atas aksi hebat yang beliau persembahkan.

Bercakap selepas tamat perlawanan bertemu Nottingham Forest, Ten Hag tampil memberi empat sebab mengapa Pellistri ada masa depan yang cerah bersama Man United.

“Kita lihat dia ada kelebihan fizikal, dia ada pergerakan yang bagus, dia boleh buat larian dari belakang yang sangat bagus, dia ada kelajuan. Jadi kita perlukan itu dalam permainan kita.”

Jelas Ten Hag menurut Manchester Evening News.

Mendengar kenyataan dari pengurus Man United itu, jelas sekali yang bintang berusia 21 tahun itu mempunyai masa hadapan yang cerah di Old Trafford.

Ten Hag turut memuji Pellistri dengan mengatakan:

“Saya rasa dia seorang pemain yang boleh bermain dengan sangat baik di kawasan berhampiran garisan kerana dia boleh menjadi penyelamat bola, jadi benda itu dia boleh beri kepada kita.”

“Ada sedikit kelainan, seperti pemain berkaki kiri yang bermain di posisi sayap kanan, kita ada Antony, dan dia pula berkaki kanan dan dia banyak cipta peluang bagus dan yang terbaik ketika dia melakukan hantaran untuk Wout Weghorst.”

Terdapat banyak kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmat Pellistri pada jendela perpindahan Januari ini dengan Valencia dilaporkan sangat berminat mahu meminjam pemain sayap itu.

Walau bagaimanapun, Ten Hag dilaporkan tidak berminat untuk melepaskan bintang berusia 21 tahun itu dan beliau mahu Pellistri kekal bersama kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN