Paling Awal VAR Diguna Di Liga M Adalah Di Final Piala Malaysia 2023?

MFL Stuart Ramalingam VAR Piala Malaysia 2023

Operator Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) tadi telah sahkan tentang penggunaan teknologi bantuan pengadil (VAR) untuk musim ini, namun mungkin akan dilaksanakan di peringkat terakhir Piala Malaysia.

Ini kerana terdapat kekangan yang perlu diperhalusi dan diatasi untuk pelaksaaan penuh penggunaan VAR, tetapi ia sudah dalam fasa akhir.

Sebelum ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) memaklumkan VAR akan digunakan untuk saingan Liga Malaysia dan ia turut disahkan kemudian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkara tersebut dikongsikan TMJ dalam satu ciapannya di Twitter sejurus sahaja tamat perlawanan antara Malaysia dan Thailand di Piala AFF 2022 tempohari. Menurut TMJ, perlaksanaannya itu dipersetujui MFL dan FAM.

FAM dan MFL sudah bersetuju untuk menggunakan VAR dalam masa terdekat. Beberapa pengadil Malaysia sudah dihantar menjalani latihan bagaimana menggunakan VAR. Boleh rujuk dengan Presiden FAM. Tahniah semua,” ciap TMJ kepada persoalan seorang pengguna Twitter.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin selepas itu dilihat senada yang VAR bakal menjadi realiti di saingan Liga Malaysia menjelang musim ini.

Sebenarnya perbincangan sudah pun diadakan bersama Pengerusi MFL, Datuk Abd Ghani Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam,ujarnya kepada Harian Metro pada awal Januari yang lalu.

InsyaAllah kita akan membuat satu pengumuman menerusi Jawatankuasa Pengadil MFL dan kita akan bermula tahun ini kalau semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi bukan untuk semua perlawanan,” tambahnya lagi.

Kenapa bukan untuk semua perlawanan? “Kita akan berterusan jadi perkara ini tidak boleh bermula dengan liga kerana melibatkan kos. Jadi kita harapkan peminat semua bersabar,” tegasnya lagi mengenai perkara tersebut.

Dan di sidang media sebentar tadi, Stuart Ramalingam menjelaskan yang MFL sedang dalam perbincangan dengan pembekal untuk sistem VAR.

Mereka memerlukan masa disebabkan bukan hanya infrastruktur yang perlu disediakan tetapi pengetahuan dikalangan pegawai dan pengadil juga perlu diperkasakan. Dan ia tentu tidak mengambil masa yang singkat.

Perkara ini pernah diungkap oleh bekas pengadil kebangsaan dan FIFA, Subkhiddin Mohd Salleh pada April 2022. Menurutnya, Liga Malaysia tampak belum bersedia untuk menggunakan VAR atas beberapa faktor.

Ia merangkumi apa yang dijelaskan Stuart iaitu ilmu pengetahuan tentang VAR dikalangan pengadil. Latihan dan persiapan tersebut akan mengambil masa sehingga enam ke tujuh bulan sebelum bersedia menurut Stuart.

Dan MFL optimis yang VAR akan dapat digunakan sepenuhnya menjelang saingan musim 2024 sebaik sahaja segalanya selesai diuji musim ini.

Jadi, MFL menyatakan mereka sedang bergerak aktif dalam memastikan VAR dapat digunakan di peringkat terakhir Piala Malaysia 2023. Adakah ini petanda yang VAR akan digunakan di pentas final Piala Malaysia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN