Penyokong Man United Haramkan Pemain Ini Dari Bermain Lagi Selepas Pamer Aksi Hambar Bertemu Nottingham Forest

Walau berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-0 menewaskan Nottingham Forest awal pagi tadi, namun para penyokong Manchester United jelas sekali sangat tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh pemain pertahanan mereka.

Victor Lindelof teruk dihentam oleh para penyokong Man United sendiri kerana beliau mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan sepanjang 45 minit pertama permainan bertemu Nottingham Forest.

Red Devils mendahului perlawanan menerusi gol seawal minit ke-5 perlawanan menerusi Marcus Rashford yang terus menerus mempamerkan aksi persembahan sungguh menakjubkan sejak kebelakangan ini.

Dek kerana kerapuhan barisan pertahanan United terutama Lindelof, Nottingham Forest dilihat kerap melancarkan serangan merbahaya ke kubu pasukan pelawat.

Pasukan tuan rumah bahkan sempat meraikan gol penyamaan mereka yang dijaringkan oleh Sam Surridge pada minit ke-23 permainan.

Walau bagaimanapun, gol tersebut telah dibatalkan oleh VAR kerana Surridge didakwa berada dalam kedudukan offside ketika beliau menerima bola hantaran dari Morgan Gibbs-White.

Lindelof terus menerus mempamerkan aksi yang sangat mengecewakan dan mujur saja United berjaya peroleh gol kedua mereka menerusi Wout Weghorst pada penghujung aksi babak pertama permainan.

https://twitter.com/samuelogoma11/status/1618528283800535040?s=20&t=tETuXyLVlSNQJ3mfoVWRyw

Sebaik tamat aksi babak pertama, para penyokong sudah mula menghentam teruk bintang Sweden itu di laman media sosial.

Rata-rata penyokong menghentam Lindelof dan ada antara mereka yang mengharamkan beliau dari beraksi lagi untuk Man United selepas ini.

Lindelof diturunkan dalam perlawanan ini selepas ketua pasukan, Harry Maguire terpaksa menjalani hukuman penggantungan dan beliau diberi kepercayaan untuk bermain dalam kesebelasan utama.

Para penyokong merasakan yang beliau tidak cukup bagus dan tak layak untuk bermain dalam sistem kendalian Erik ten Hag.

“Lindelof langsung tak berguna, saya hairan kenapa kita masih simpan dia, jual saja dia kepada kelab lain.”

“Sejak zaman Ole lagi dia memang bermasalah dan saya tak rasa kita perlu pemain macam ini, kelab patut jual dia dan jangan pernah bagi dia main lagi.”

“Sekarang sudah jelas kan? bukan Maguire seorang sahaja yang bermasalah, Lindelof juga sebenarnya sangat bermasalah dan sekarang hal itu sudah terbukti.”

“Saya bersumpah demi tuhan, Lindelof tak seharusnya bermain lagi, dia tak patut diberi peluang selepas apa yang dia tunjukkan, jual dia dengan segera.”

“Pihak kelab sepatutnya mengharamkan terus Lindelof dari terus bermain, dia tak layak untuk bermain bersama kita, jual saja dia kita tak perlukan dia.”

Lindelof telah ditandatangani oleh Manchester United dari Benfica pada tahun 2017 yang lalu ketika kelab dikendalikan oleh Jose Mourinho.

Bintang kebangsaan Sweden itu telah membuat 209 penampilan untuk Manchester United sejak dari awal beliau ditandatangani.

Kontrak beliau bersama kelab akan tamat pada 2024 nanti namun pihak kelab ada pilihan untuk melanjutkan kontraknya setahun lagi.

Atletico Madrid baru-baru ini ada menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan itu menerusi perjanjian secara pinjaman.

Manchester United walau bagaimanapun menolak untuk menerima tawaran tersebut dengan mereka lebih memilih untuk melepaskan Lindelof menerusi perjanjian pembelian tetap.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN