Penyokong Man United Teruja Melihat Temubual Selepas Perlawanan Martinez

Para penyokong Manchester United teruja dengan temubual selepas tamat perlawanan Lisandro Martinez dan rata-rata dari mereka sudah menganggap bintang Argentina itu sebagai legenda kelab.

Lisandro Martinez telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dahsyat ketika membantu Man United menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam aksi leg pertama peringkat separuh akhir saingan Carabao Cup awal pagi tadi.

United berjaya comeback dari kekalahan 3-2 mereka di tangan pendahulu saingan liga Arsenal kemarin dengan mencatatkan kemenangan selesa di halaman lawan bertemu Nottingham Forest.

Marcus Rashford membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 permainan sebelum Wout Weghorst meledak gol pertamanya bersama kelab pada penghujung aksi babak pertama permainan.

Bruno Fernandes meledak gol ketiga untuk Man United seterusnya mengesahkan kemenangan 3-0 mereka menewaskan Nottingham Forest.

Martinez yang turut berjaya menjaringkan gol ketika bertemu Arsenal di Emirates kemarin telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan pada hari ini.

Walaupun rakan sepasukannya, Victor Lindelof tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini, namun Martinez berjaya menutup kelemahan itu dengan aksi hebat yang beliau pamerkan.

Kecemerlangan beliau di barisan pertahanan membantu United untuk mencatatkan clean sheets dalam perlawanan ini.

Peminat terharu melihat Martinez masih bermain bermati-matian walau kepalanya dibaluti dengan bandage.

Bintang Argentina itu bijak membaca perlawanan dan beliau benar-benar kebal untuk dilepasi oleh jentera serangan lawan.

Pemenang Piala Dunia itu telah dipanggil untuk ditemubual oleh Sky Sport selepas tamat perlawanan tersebut.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan penyokong Man United bersependapat dalam memuji temubual beliau itu.

Peminat memuji temubual tersebut kerana bekas bintang Ajax itu sebenarnya sangat fasih berbahasa Inggeris dan ia satu hal yang sangat dikagumi.

“Wah! Lisandro Martinez fasih berbahasa Inggeris. Beri saja lilitan kapten itu kepada dia.”

“The Butcher, @LisandroMartinez. Pemain Terbaik. Bahasa Inggeris dia menakjubkan dan sikap dia sangat merendah diri. Seorang yang dahsyat. Dia berhak menjadi legenda kelab.”

“Saya terkejut mendengar Martinez boleh berbahasa Inggeris dengan sangat baik.”

“Pertama kali saya mendengar Martinez bercakap, Saya tak tahu yang dia boleh berbahasa Inggeris dengan sangat lancar, saya bangga dengan dia.”

“Mendengar temubual Martinez membuatkan saya semakin kagum dan sayang kepada dia. Dia bakal jadi legenda kesayangan semua peminat.”

Manchester United selepas ini akan turun beraksi bertemu Reading di Old Trafford dalam aksi pusingan keempat saingan FA Cup.

Walau sukar untuk memenangi gelaran liga musim ini, namun jelas sekali United meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala domestik pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN