Temasya Mirip Sukan Komanwel Yang Mempertandingkan Acara Bola Sepak

Tempohari, kami ada kongsikan 7 sebab mengapa Sukan Komanwel tidak menganjurkan acara bola sepak.

Sebenarnya terdapat juga temasya sukan yang mirip Sukan Komanwel menawarkan pingat dalam acara bola sepak.

Jeux de la Francophonie

Ia juga dikenali sebagai Francophone Games dalam bahasa Inggeris. Temasya sukan ini disertai oleh negara-negara yang menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa pengantar.

Kebetulan juga, hampir majoriti negara peserta ini merupakan negara bekas jajahan Perancis. Ada juga wilayah dalam sebuah negara berdaulat seperti Quebec (Kanada) turut menghantar wakil untuk temasya ini.

Laos, Vietnam dan Kemboja antara negara Asia Tenggara yang menyertai temasya ini.

Pada 1989, temasya ini julung kali diadakan di Maghribi. Ia juga berselang pada 4 tahun. Kali terakhir ia diadakan pada 2017 untuk edisi ke-8 di Ivory Coast.

Acara bola sepak tidak pernah ketinggalan dimasukkan ke dalam salah satu pertandingan dalam temasya ini. Kebiasaannya pemain yang digunakan merupakan pemain muda.

Maghribi antara pasukan terulung dalam acara bola sepak untuk temasya ini. Sumber: North African Post.

Maghribi pernah dua kali menggondol emas untuk acara ini pada temasya 2001 dan 2017. Congo juga memenangi emas pada 2009 dan 2013.

Kanada turut memenangi dua kali pingat emas bola sepak semasa temasya 1989 dan 1997. Perancis dan Ivory Coast masing-masing memenangi pingat emas pada temasya 1994 dan 2005.

Pada 2021, temasya ini akan diadakan pula sekali lagi di Kanada. Kali terakhir negara Amerika Utara itu menganjurkannya ialah pada 2001.

Lusophony Games

Temasya ini pula menghimpunkan negara-negara yang menggunakan bahasa Portugis sebagai bahasa pengantar. Mahu pun negara yang mempunyai kaitan sejarah dengan Portugal.

Namun hanya 12 negara sahaja yang menyertainya termasuk Brazil. Begitu juga dengan wilayah yang pernah dijajah Portugis seperti Macau (China) dan Goa (India).

Ia baru 3 kali diadakan di mana Macau menjadi tuan rumah edisi sulung. Macau menjadi hos pada tahun 2006.

Kemudian diikuti oleh Portugal pada 2009. Bandaraya Goa di India pula menjadi tuan rumah untuk temasya 2014.

Portugal memenangi pingat emas acara bola sepak pada 2006. Kemudiannya Cape Verde pula memenanginya pada 2009.

India memenangi emas acara bola sepak pada temasya Lusophony Games ketiga. Sumber: Indian Football.

India meraih emas acara yang sama di laman sendiri pada temasya ketiga di Goa. Dijangkakan temasya ini akan dianjurkan pula pada tahun ini di Afrika.

Mozambique akan menjadi tuan rumah edisi keempat. Buat pada masa ini, acara ini hanya melibatkan pasukan bawah-20 tahun sahaja.

Pan-Arab Games

Pasukan Bahrain meraikan kejayaan ketika kempen acara bola sepak Pan-Arab Games di Qatar.

Ia hanya melibatkan negara-negara Arab sahaja sama ada dari benua Asia atau Afrika. Temasya ini telah berlangsung sebanyak 12 kali.

Temasya ini menyaksikan Mesir menjadi hos pertama pada tahun 1953. Pada 2011, Qatar pula menjadi tuan rumah pada edisi ke-12.

Kecuali temasya pada 2004, acara bola sepak dimasukkan sebagai salah satu acara yang menawarkan pingat.

Mesir menjadi jaguh dalam acara ini dengan menggondol 4 kali pingat emas. Maghribi dan Syria masing-masing dua kali.

Syria, Bahrain dan Iraq sempat menuai emas sekali sahaja dalam acara bola sepak untuk temasya ini.

Penutup

Temasya sukan sebenarnya banyak diwujudkan di dunia. Namun penganjur berhak mewujudkan acara bola sepak atau tidak.

Menakjubkan juga apabila negara-negara bekas jajahan imperialis Belanda, Belgium, Itali serta Sepanyol tidak mewujudkan pula temasya sukan ini.

Jika di negara kita, memenangi emas dalam acara bola sepak sewaktu SUKMA dianggap ibu segala emas. Begitu juga dengan memenangi emas dalam acara Sukan Asia Tenggara (SEA).

Adakah suatu hari nanti akan tercipta sejarah Sukan Komanwel membenarkan acara bola sepak. Atau pun futsal serta bola sepak pantai?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN