Kenali Pemain-Pemain Di Liga Bawahan Yang Dijulang Sebagai Kesebelasan Terbaik Tahunan PFA

Menempatkan diri dalam kesebelasan terbaik tahunan bukanlah kerja mudah. Apatah lagi beraksi dalam kelab berstatus Liga Perdana Inggeris.

Namun, pengalaman bermain di liga teratas memberikan peluang dan motivasi untuk memantapkan permainan. Kami telah mendapati beberapa nama dikenali telah dimuatkan dalam senarai kesebelasan terbaik tahunan.

Tetapi, bukan di Liga Perdana, sebaliknya di liga EFL Championship hingga League Two.

John Ruddy

Sebenarnya, PFA mengeluarkan senarai kesebelasan terbaik tahunan ini serentak bagi EPL dan EFL. Ia memang sudah menjadi tradisi ia dihebahkan secara serentak.

John Ruddy, penjaga gol Wolverhampton julung kalinya terpilih dalam senarai kesebelasan terbaik untuk EFL Championship. Beliau antara anggota terpenting untuk memastikan Wolves kembali ke saingan EPL musim hadapan.

Sebelum ini, beliau pernah beraksi bersama Norwich City.

Ruben Neves dan Willy Boly, rakan sepasukan John turut tersenarai dalam anugerah ini.

Matej Vydra, kini bersama Derby.

Anda masih ingat Matej Vydra? Beliau kini selesa menduduki penjaring terbanyak EFL Championship musim ini dengan menjaringkan 19 gol.

Tidak hairanlah bekas pemain Watford ini disenaraikan untuk anugerah itu. Nampaknya, bermain EFL Championship lebih baik untuknya.

Nama terkenal seketika

Will Grigg, penyerang Wigan Athletic tersenarai dalam kesebelasan utama terbaik EFL League One bagi musim ini.

Selain itu, Danny Graham, bekas penyerang Sunderland juga terpilih sebagai salah seorang skuad kesebelasan terbaik musim ini. Danny kini berkhidmat untuk Blackburn Rovers.

Rakan sepasukan Danny di Blackburn, Charlie Mulgrew turut diletakkan dalam pasukan bernilai ini.

Rindukan saya, Manchester United?

Jangan terkejut jika kami katakan Nick Powell turut beraksi cemerlang musim ini. Tidak hairanlah Wigan Athletic mencabar kedudukan teratas di EFL League One.

Disebabkan itu, bekas pemain Manchester United itu juga dibawa masuk ke anugerah berprestij itu. Ini kerana Nick menjaringkan 15 gol setakat musim ini.

Beast mode

Pemain ‘sado’ ini sudah jaringkan 17 gol untuk Wycombe Wanderers.

Adebayo Akinfewa kini bersama Wycombe juga beraksi baik dalam saingan EFL League Two. PFA telah memilihnya sebagai salah seorang penyerang dalam skuad terbaik EFL League Two.

Beliau menjaringkan 6 gol untuk Luton pada kempen musim ini. Boleh tahan.

Anak kepada Steve Potts, Daniel Potts turut berjaya menembusi senarai terbaik musim ini. Daniel Potts sebelum ini beraksi bersama West Ham.

Namun, beliau telah berkelana dan kini bersama Luton Town.

Penutup

Berikut senarai penuh bagi kesebelasan terbaik musim ini mengikut liga. Kami hanya senaraikan pemain yang dikenali sahaja di atas.

Ada nama yang anda biasa dengar selain di sebelah Premier League? Sumber: BBC.

Benar kata orang, sebenarnya liga bawahan Inggeris ini banyak memberikan peluang untuk beraksi sehingga mampu meraih anugerah.

Itu lebih baik daripada menyertai kelab besar tetapi hanya memanaskan bangku simpanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN