Teknologi Dan Sains Sukan Di Pusat Latihan Selangor Mula Tarik Perhatian Dunia

Pusat Latihan Selangor

Kehadiran legenda bola sepak Jepun, Keisuke Honda ke Pusat Latihan Selangor FC telah memberi isyarat jelas, pemegang rekod juara terbanyak Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu semakin serius dalam pembangunan fasilitinya.

Setiap projek pembangunannya dijalankan secara berperingkat demi memastikan skuad The Red Giants berada di landasan yang tepat agar perjalanan pasukan selari dengan perkembangan teknologi dan kemajuan sains sukan.

Padang latihan tertutup sudah pun digunakan secara optimum. Faktor cuaca hujan atau kilat tidak lagi menjadi alasan untuk tidak menjalankan latihan pasukan sepanjang tahun seperti yang dijadualkan.

Selain kelengkapan peralatan serba moden di gimnasium, Selangor juga telah membangunkan pusat rehabilitasi dan klinik fisioterapi yang bukan sahaja dimanfaatkan kepada pemain kelab, malah perkhidmatan tersebut dibuka kepada orang awam.

Terbaharu kelab ini juga terus mengorak langkah dengan pembinaaan kolam untuk pemulihan otot pemain selepas latihan. Dengan penetapan suhu tertentu, ia dapat membantu aliran darah dan memberi kesan positif kepada otot pemain.

Sebuah kafeteria juga telah dibangunkan untuk kawalan pemakanan dari sudut sains sukan agar setiap pemain dan staf pasukan akan dibekalkan dengan menu-menu yang dirangka spesifik oleh pakar nutrisi.

Keisuke Honda merupakan nama besar di Asia dan pernah menempa nama di Eropah. Maka sudah tentu ada sebab kukuh untuk beliau memilih Selangor sebagai destinasi persinggahannya di negara ini.

Nama beliau juga mencuri perhatian apabila membantu projek pembangunan bola sepak Kemboja bermula 2018 dan berjaya membantu pasukan tersebut mencatat keputusan-keputusan positif termasuk semasa kejohanan Piala AFF 2022.

Di bawah bimbingan ketua jurulatih Ryo Hirose, Kemboja telah mencatat dua kemenangan untuk menamatkan saingan kumpulan A di tangga ketiga dan merupakan pencapaian terbaik negara tersebut dalam sejarah kejohanan.

Selaku pasukan yang mempunyai sejarah panjang dalam arena bola sepak negara, Selangor sudah terlalu lama ‘hilang arah. Usahkan kejohanan Asia, di pentas domestik pun masih terkapai-kapai dalam mencari kedudukan terbaik mereka.

Projek-projek yang telah dibangunkan ini semuanya dibangunkan dengan kos yang tinggi. Hanya kejayaan sahaja yang mampu menjadikan ia bukan sekadar pembaziran.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN