Apa Yang Khairy Jamaluddin Bawa Ke JDT? Adakah Setanding Madam Pang?

Khairy Jamaluddin JDT 2023

Selepas politik ‘membuangnya’, ternyata masih ada tempat lain buat Khairy Jamaluddin apabila beliau kini terjun ke bidang juruhebah di stesen radio Hot FM, malah menyertai Ahli Lembaga Pengarah Johor Darul Ta’zim (JDT).

Jika juruhebah adalah dunia baharu buatnya, bola sepak pula dilihat sangat dekat dengan dirinya dan sejak dari awal kita mengenali figura hebat ini.

Mengapa kita mengatakan beliau hebat? Siapa yang tidak kenal Khairy Jamaluddin yang sudah lama bergelumang dalam dunia politik tanah air.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta yang terakhir sebagai Menteri Kesihatan.

Khairy juga adalah bekas Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) selain pernah juga menjadi Ahli Parlimen bagi Rembau.

Apa yang Khairy akan bawa ke JDT selepas ini? Ini adalah antara kelebihan yang bakal dibawa olehnya apabila sah menyertai skuad Harimau Selatan.

Aura dan kualiti kepimpinannya

Pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengumumkan yang Khairy sah menyertai pasukan sebagai Pengarah JDT. Ini satu tambah nilai terbaik buat juara Liga Super sembilan kali itu.

Beliau memiliki aura dan kredibiliti sebagai pemimpin. Ini mungkin sesuatu yang didambakan oleh mereka untuk selangkah lebih jauh selepas ini.

JDT memiliki beberapa individu hebat di belakang tabir seperti Martin Prest, Alistair Edwards dan Hector Bidoglio, kini kehadiran Khairy yang merupakan anak tempatan, semestinya akan memberikan kelebihan dari aspek lain.

Beliau memimpin dua Kementerian besar dan berkhidmat dengan amat cemerlang – Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kesihatan.

Jika tidak, mana mungkin Menteri KBS yang baharu, Hannah Yeoh sanggup turun padang bertemu dengannya mendengar idea dan pandangannya tentang KBS. Kenapa tidak bertemu sahaja dengan Syed Saddiq misalnya?

Harus diingat yang Hannah Yeoh dan Khairy berbeza ideologi politik.

KBS sudah memiliki tiga menteri selepas era kepimpinannya, malah Syed Saddiq merupakan seorang ahli politik di bawah bumbung yang sama.

Tidak kiralah apa pegangan politik anda, datang dan berbual dengan saya. Beritahu saya apakah jangkaan anda, apakah idea anda,” antara ungkapan yang masih segar di telinga kita saat beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan sekitar 2013. Menteri yang mudah didekati.

Beliau juga menyelesaikan banyak isu ketika di Kementerian Kesihatan antaranya menyerap Pegawai Perubatan Kontrak ke perjawatan tetap.

Malah sehingga sekarang, namanya masih disebut dan dibandingkan.

https://twitter.com/mustaphakamal93/status/1623931942415785984

Kita boleh bertanya kepada warga KBS dan KKM, tentunya sentuhan Khairy masih dikenang mereka. Beliau memiliki ‘sentuhan midas’ di mana-mana.

Berilmu dan berpengalaman luas

Selain Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khairy juga adalah antara figura yang dilihat memiliki daya tarikan dalam pengucapan awam. Tidak semua politikus memiliki kemampuan sebegini.

Selain pandai bercakap dan berucap, beliau juga bukanlah hanya ‘tin kosong’ semata-mata. Beliau bersama bergerak dalam menjayakannya.

Sebagai lulusan Sarjana Muda Falsafah, Politik & Ekonomi dari universiti nombor dua terbaik di dunia iaitu Universiti Oxford di England serta lulusan Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik di University College, London, beliau bukanlah orang biasa-biasa – memiliki kelayakan tinggi.

Sebagaimana pengurus skuad kebangsaan Thailand, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madam Pang yang menyerlahkan kebijakannya dalam pengurusan bola sepak waima beliau adalah seorang wanita! Ini disebabkan beliau terlibat dalam pengurusan bola sepak bersama Port FC.

Pendidikan yang tinggi serta pengalaman memberikan Madam Pang satu CV yang kuat untuk menjadi tulang belakang skuad Gajah Perang kini.

‘Ilmu Penuh Di Dada Madam Pang’ – Ini Kualiti Pengurus Skuad Harimau Malaya Wajib Ada

Mungkin perkara yang sama seperti Khairy. Beliau pernah menjadi Presiden kelab UPB MyTeam FC. Pengalaman bola sepaknya tidaklah sedikit.

MyTeam adalah projeknya bersama rakannya yang ketika itu merupakan juruhebah radio, Jason Loo dengan Shebby Singh telah dilantik sebagai pengendali pasukan ‘amatur’ tersebut. Ia sebuah rancangan realiti TV.

Tambah menarik, beliau juga pernah berada di dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dilantik sebagai Naib Presiden dari 2007 hingga 2010.

Khairy adalah figura serba boleh

Berusia 47 tahun, beliau sudah melakukan pelbagai perkara dalam hidupnya selain berpolitik, menjadi menteri dan terlibat dalam dunia bola sepak.

Khairy pernah menyertai Rejimen Askar Wataniah sebagai simpanan pada 2010, malah merupakan menteri pertama yang dianugerahkan pangkat tentera selepas melalui pelbagai kursus yang dianjurkan Tentera Wilayah.

Siapa pernah menyangka, beliau juga pernah bermain dan meraih pingat emas bersama pasukan polo Malaysia di Sukan SEA 2017 sehingga ‘diasak’ oleh TMJ sendiri yang mencabar Khairy dan pasukannya menentang pasukan Johor yang diketuai oleh TMJ. Khairy memohon menghadap sultan di istana dan ini mungkin menjadi titik tolak hubungan baik mereka.

Ini kerana, setahun kemudian TMJ membuat ciapan ini tentang Khairy.

Beliau juga pernah berlakon sebagai pemandu teksi dan penjual ayam percik. Malah, politikus negara ini pernah menjadi pengarah salah satu filem pendek dalam kompilasi filem pendek yang membawa mesej utama berkisarkan tentang wanita – Ikal Mayang. Khairy mengarahkan filem pendek berjudul Teguh yang ditulis oleh pelakon lama, Ida Nerina.

Kalau di dalam dunia bola sepak, Khairy mungkin dianggap sebagai seorang pemain serba boleh dan akan diangkat sebagai tonggak utama pasukan.

Jadi, untuk menguruskan JDT, sebuah pasukan yang semakin dikenali di Asia terutamanya, beliau dijangka tiada masalah untuk mengorak langkah.

Ini mungkin sebahagian kelebihannya dan ada lagi yang tidak cukup untuk dikisahkan. Cukuplah sekadar kita mengatakan pilihan TMJ membawa masuknya ke JDT, mungkin langkah berani dan tepat pada saat ini.

Pengalaman luas beliau [Khairy] dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor,titip TMJ tentang penyertaan Khairy ke JDT, kelmarin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN