Dilempar Botol Oleh Penyokong Arsenal, Ini Reaksi Kevin De Bruyne

Kevin De Bruyne telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu Manchester City menewaskan Arsenal dalam aksi saingan Premier League awal pagi tadi.

Telah berlaku satu insiden tidak bermoral dalam perlawanan tersebut yang mana De Bruyne telah dilempar botol oleh para penyokong Arsenal.

Apa yang mencuri perhatian peminat adalah reaksi De Bruyne sendiri terhadap insiden tersebut dengan beliau seolah-olah sekadar menganjing penyokong Arsenal.

Bintang Belgium itu tidak dinafikan lagi sememangnya antara nadi terpenting yang membantu Man City menewaskan Arsenal, seterusnya merampas kedudukan sebagai pendahulu saingan Premier League.

De Bruyne membuka tirai jaringan untuk Manchester City seawal minit ke-24 permainan, dengan beliau juga turut mencatatkan assists untuk gol ketiga The Citizens yang dijaringkan oleh Erling Haaland.

Pemain midfield itu jelas sekali sangat bermaharaja di kawasan tengah padang dan sentiasa memberi masalah kepada barisan pertahanan Arsenal.

Hal itu sangat terbukti selepas melihat bagaimana reaksi para penyokong yang sepertinya sangat terkesan dan membenci De Bruyne.

Pada minit ke-90 permainan, ketika De Bruyne berjalan meninggalkan padang, para penyokong Arsenal telah menunjukkan sikap tidak bermoral dengan melempar botol ke arah pemain midfield itu.

Bukan satu, tetapi dua botol yang dilihat terkena bintang Man City itu, namun De Bruyne hanya mengenyit mata sahaja sambil melihat penyokong Arsenal.

De Bruyne walau bagaimanapun sepertinya langsung tidak terkesan dengan hal tersebut dan beliau bahkan turut menganjing penyokong Arsenal selepas tamat perlawanan tersebut.

Kevin de Bruyne memuat naik story di laman Instagram miliknya dan jelas sekali insiden tersebut hanya menjadi bahan gurauan sahaja untuk pemain kebangsaan Belgium itu.

Para peminat walau bagaimanapun tidak gembira melihat insiden tersebut dan mengecam penyokong-penyokong Arsenal yang melempar botol ke arah De Bruyne itu.

“Penyokong Arsenal melempar botol ke arah De Bruyne selepas harapan mereka nak menang liga seolah-olah makin terkubur.”

“Seseorang membelanjakan £13 untuk membeli sebotol minuman prime dan kemudian dia lempar kepada De Bruyne, adakah dia sudah hilang akal?”

“De Bruyne dilempar dengan botol minuman prime, saya agak terkejut kenapa tak ada orang yang sanggup menceroboh padang untuk mendapatkan botol itu.”

“Mereka masih ada harapan untuk menang liga, tapi kenapa penyokong menunjukkan sikap seperti ini? bagaimana kalau harapan mereka sudah benar-benar terkubur nanti?”

“De Bruyne sempat kenyit mata selepas beliau dilempar botol, kalau saya jadi penyokong Arsenal yang ada di situ, saya sendiri akan merasa malu.”

Selain mengenyit mata ke arah penyokong Arsenal selepas dilempar botol, De Bruyne juga turut pulang dengan kegembiraan selepas skuad kendalian Pep Guardiola itu mencatatkan kemenangan selesa dalam perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN