Tarikh EPL Bersambung Ditangguh Lagi

EPL

Semua 20 pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bermesyuarat menerusi video telah menerima realiti yang perlawanan tidak akan dapat disambung semula pada tarikh 30 April seperti mana yang telah dirancang sebelum ini.

Pihak pengelola liga akan membuat keputusan pada Jumaat sama ada akan memutuskan tarikh baharu pada bulan Mei ataupun mengikut jejak Sepanyol dan Perancis yang menggantung liga mereka tanpa meletakkan sebarang tarikh.

Keputusan akan dibuat selepas EPL, Liga Kejuaraan, Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional (PFA), dan Persatuan Pengurus-Pengurus Liga (LMA) bertemu bagi memuktamadkan isu berkenaan.

Itali pula telah mengesahkan Serie A hanya akan akan bersambung seawal-awalnya pada penghujung Mei, bagaimanapun pelbagai pihak masih meragui ianya dapat dimulakan pada tarikh tersebut.

Dengan penangguhan tersebut, ia membolehkan pasukan-pasukan EPL untuk menawarkan stadium dan staf perubatan mereka kepada perkhidmatan kesihatan awam.

 Sementara di Belgium pula, Club Brugge telah pun dinobatkan sebagai juara selepas liga utama itu dibatalkan dan sekaligus mengesahkan kelayakan pasukan tersebut ke saingan Liga Juara-Juara pada musim depan.

Bagi kejohanan Eropah pula UEFA telah mengesahkan slot untuk pasukan yang layak ke Liga Europa (UEL) menerusi kemenangan piala domestik akan diberikan kepada pasukan berdasarakan kedudukan liga sekiranya pertandingan tersebut tidak dapat ditamatkan.

Semua penangguhan ini turut memberi kesan kepada isu kewangan terutamanya melibatkan penajaan dan hak penyiaran. Syarikat Canal + dan Bein Sports juga telah mengesahkan untuk menggantung pembayaran kepada Ligue 1 yang sepatutnya dijelaskan pada 5 April ini.

Beberapa pasukan juga telah mengambil keputusan untuk membuat pemotongan gaji pemain dan pegawai pasukan bagi memastikan kewangan kelab dapat diselamatkan sepanjang tempoh sukar ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai EPL:

Leave a Reply