Seperti diketahui, saingan International Champions Cup (ICC) Singapura akan kembali yang menyaksikan kehadiran empat kelab terkemuka dunia dari England dan Itali.
Manchester United dijadualkan menentang Inter di perlawanan pertama pada 20 Julai manakala Tottenham Hotspur bertemu Juventus pula beraksi keesokan harinya.
Kedua-dua perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Singapura itu sudah pasti akan menarik minat puluhan ribu penyokong, tidak terkecuali peminat dari Malaysia.
Dalam memeriahkan lagi kehadiran pasukan-pasukan nama besar kancah bola sepak dunia itu, pihak penganjur ICC Singapura 2019 telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak dalam usaha memberikan lebih keterujaan buat penyokong yang hadir.
Antara tarikan utama adalah para pemegang tiket ICC 2019 berpeluang untuk mendapatkan diskaun tiket bagi memasuki Universal Studios Singapore, Advanture Cove Waterpark dan S.E.A Aquarium + The Maritime Experiental Musem.
Harga istimewa buat pemegang tiket itu boleh dinikmati bermula 6 hingga 21 Julai ini.
Selain itu, Singapore Football Festival juga telah mula diadakan sejak 6 Julai lalu dengan pelbagai aktiviti yang dirangka buat pengunjung festival tersebut.
Antara aktiviti Poolball, Football Darts, Penalty Shootout, Football Try-Out dan Mini Soccer Golf.
Banyak lagi aktiviti dan program bermanfaat bagi perkembangan bola sepak yang akan dilangsungkan sehingga 22 Julai nanti.
Lokasi yang menjadi pilihan adalah stadium-stadium di sekitar kota Singa itu.
Sebagai salah satu rakan kerjasama ICC 2019, Resort World Sentosa turut memberikan diskaun sebanyak 20% bagi anda yang ingin menikmati juadah enak yang disediakan oleh chef selebriti dunia.
Caranya mudah sahaja, hanya tunjukkan bukti tiket ICC 2019 anda dan nikmatilah potongan harga bagi hidangan yang pasti menyelerakan tersebut.
Yang paling ditunggu-tunggu selain daripada menyaksikan perlawanan, anda juga turut berpeluang untuk melihat kelibat para pemain di Resort World Sentosa.
Jangan ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada penyokong bertuah di bumi Singapura ini!
‘Follow’ saluran Media Sosial ICC untuk anda tidak terlepas peluang mengikuti perkembangan terkini!
Saluran Media Sosial ICC:
Hashtags: #ICC2019 #ChampionsMeetHere #ICCSG
Facebook: https://www.facebook.com/IntChampionsCup/
Instagram: https://www.instagram.com/iccsg/
Twitter: https://twitter.com/icc_sg
Sebenarnya masih banyak lagi tarikan menarik yang boleh anda nikmati di Singapura nanti. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai program menarik yang bakal berlangsung menjelang ICC Singapura 2019, anda boleh ‘click’ link dibawah:
https://www.internationalchampionscup.sg/en/territories/sg/events/activities-around-the-island