Quantcast

BERITA

Tottenham Hotspur Sedia Bawa Pulang Gareth Bale

Adakah, kepulangan yang dinanti akan menjadi realiti?

Ianya seperti tajuk lagu nyanyi Ahmad Shah, tetapi itulah hakikat yang dihadapi oleh kelab Premier League iaitu Tottenham Hotspur.

Menurut sumber MARCA, Tottenham Hotspur kini merancang untuk membawa pulang bekas pemain mereka yang kini bermain bersama Real Madrid itu Gareth Bale.

Tottenham Hotspur, yang sudah lama dikaitkan sebagai destinasi pilihan Bale sekiranya beliau mahu kembali semula ke Premier League mengatakan mereka bersedia untuk membayar nilai pemain itu.

Kelab yang berpengkalan di utara London itu dikatakan bersedia membayar jumlah yuran perpindahan sebanyak €50 hingga €60 juta.

Walaupun begitu, satu perkara yang bakal menghalang kepulangan Bale ke kelab tersebut adalah gaji yang diperoleh beliau.

Untuk rekod, Bale memperoleh pendapatan sebanyak €17 juta dan itu akan menyukarkan Tottenham Hotspur dalam usaha untuk menepati permintaan pemain itu.

Sebagai alternatif, Tottenham Hotspur hanya mampu menawarkan gaji sebanyak separuh daripada yang diperoleh Bale sekarang.

Bale merupakan salah seorang daripada 3 pemain yang tidak diperlukan oleh Zinedine Zidane di Real Madrid.

2 lagi pemain iaitu James Rodriguez dan Mariano Diaz.

Dengan jelasnya yang dirinya tidak lagi diperlukan, Bale mahu atau tidak perlu mempertimbangkan kepulangan ke Tottenham Hotspur walaupun gaji yang diterima lebih kecil.

Beliau turut dikaitkan dengan perpindahan ke China untuk menyertai Shanghai Shenhua namun ianya ditolak oleh Real Madrid.