Quantcast

BERITA

Marc Overmars: Saya Cadangkan Jual Ozil Dan Dapatkan Ziyech Tetapi Arsenal Tak Mahu Dengar

Marc Overmars mendedahkan beliau telah memberikan saranan supaya menjual Mesut Ozil dan menggantikannya dengan pemain Ajax, Hakim Ziyech tetapi pihak Arsenal dikatakan tidak mengendahkannya

Overmarc yang pernah bersama The Gunners sejak Jun 1997 hingga Mei 2000 berpendapat bahawa pemain berusia 26 tahun kelahiran Maghribi itu lebih baik berbanding Ozil yang semakin ‘pudar’ di London.

Ziyech memainkan peranan yang penting buat Ajax pada musim 2018/19 setelah membantu kelab tersebut menjuarai Liga Eredivisie, Piala KNVB serta melayakkan diri peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Ziyech telah berjaya merakamkan 21 jaringan dan mencipta 24 bantuan gol untuk menjadi antara watak penting buat Ajax pada musim lalu.

”Saya sedikit terkejut kerana masih tiada rundingan untuk mendapatkan khidmat Hakim (Ziyech).”

”Saya merasakan dia telah bermain dengan lebih baik pada setiap tahun dan statistik mengenainya juga sangat baik. Banyak kelab semakin memerhatikannya.”

”Mereka melihat lebih kepada angka berbanding apa yang telah dipamerkannya dan itulah yang berlaku terhadapnya. Saya merasakan Hakim Ziyech lebih baik berbanding Mesut Ozil.”

”Saya mengatakan untuk menjualnya (Ozil) dan kamu boleh mendapatkan Hakim dengan separuh daripada harga Ozil. Tetapi mereka (Arsenal) tidak mendengar nasihat saya. Jadi dia hanya kekal bersama Ajax.”

Hakim Ziyech dilaporkan bernilai £31.5 juta dan Overmars yang merupakan Pengarah Bola Sepak Ajax menjelaskan bahawa pemainnya itu dibenarkan untuk berhijrah sekiranya terdapat kelab ternama yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Tetapi sehingga kini Ajax masih belum menerima sebarang tawaran untuk mendapatkan pemain skuad kebangsaan Maghribi itu.

Bertuah sungguh Arsenal, Pengarah Bola Sepak Ajax sendiri yang memberikan saranan supaya merekrut pemain utama kelab beliau.