Tangisan Faisal Halim Iringi Kemenangan Malaysia Untuk Atasi Hong Kong

Fasisal vs Hong Kong

Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan mereka apabila menjadikan Hong Kong sebagai mangsa seterusnya, selepas berjaya mencatat kemenangan 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebentar tadi.

Faisal Halim seperti sudah mendapat rentak sebenar permainannya, apabila aksi beliau dalam perlawanan ini kelihatan lebih baik dan berjaya meledak satu jaringan dan satu bantuan gol. Ini juga merupakan jaringan pertama beliau pada tahun 2023.

Biarpun Malaysia nampak sedikit bergelut di awal permainan namun anak buah Kim Pan-gon tidak mempersiakan setiap kali peluang terhidang.

Bagaimana pun, skuad kendalian Joern Andersen terlebih dahulu menguji tuan rumah apabila berpunca dari sepakan penjuru dan Wu Chun Ming hampir membuka tirai jaringan seawal minit keempat namun tandukan beliau sekadar singgah di tiang gol sekali gus menyelamatkan pintu gol Malaysia.

Malaysia pula mendapat peluang terbaik pada minit ke-14 tetapi hantaran Dion Cools gagal disempurnakan oleh Darren Lok.

Ketika melihat pasukan lawan seperti lebih menguasai permainan, tampil Harimau Malaya terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Akyhar Rashid pada minit ke-18 selepas beliau melepaskan satu sepakan lencong yang cantik dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai.

Hong Kong dilihat gemar bermain hantaran dari tepi mungkin atas faktor ketinggian pemain mereka dan beberapa kali hampir menggugat gawang gol Malaysia.

Malaysia hampir dihukum apabila kesilapan antara Dion dan Quentin Cheng membolehkan Poon Pui Hin melakukan gerakan solo namun rembatan beliau sedikit tersasar dari pintu gol.

Anak buah Pan-gon  menambah duka Hong Kong apabila pemain sayap negara, Faisal Halim berjaya meledak jaringan kedua pada minit ke-40 selepas berjaya mengelecek beberapa pemain sebelum melepaskan rembatan menewaskan Hung Fai kali kedua.

Pujian harus diberikan kepada Syihan Hazmi apabila tindakan pantas beliau menghantar jauh telah memberi peluang kepada rakan sepasukan menjaringkan gol.

Bermula separuh masa kedua, dua deretan peluang terbaik dari Faisal dan Darren hampir menambah jaringan namun rembatan mereka sedikit tersasar.

Selesa mendahului dua jaringan, Pan-gon melakukan beberapa pertukaran bagi memberi peluang kepada pemain lain untuk membentuk keserasian lebih baik dalam pasukan.

Hong Kong turut melakukan beberapa pertukaran dalam usaha mendapatkan jaringan untuk merapatkan kedudukan namun barisan pertahanan negara kelihatan lebih bersedia mematahkan setiap serangan lawan.

Kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat permainan biarpun lima minit terakhir, anak didik Anderson terus menekan dengan beberapa percubaan ke kubu Malaysia namun Syihan berjaya mengawal pintu gol dengan baik dari dibolosi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN