“Siuuu”- Kelibat Faisal Halim Beri Fenomena Baharu Buat Bola Sepak Negara

Faisal Halim menjadi antara pemain yang paling diberi tumpuan sejak hari pertama beliau menyertai kem latihan pusat kebangsaan, sehingga kepada aksi terakhir persahabatan Harimau Malaya bulan ini.

Pemain yang mendapat publisiti tinggi di Malaysia kini sememangnya menjadi antara sebutan ramai para penyokong, ekoran aksi cemerlangnya dalam setiap perlawanan bersama pasukan negara.

Kemuncaknya telah pun disaksikan sendiri oleh para penyokong negara ketika aksi Malaysia menentang Hong Kong semalam di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), setelah mereka menewaskan lawan menerusi keputusan 2-0.

Pada perlawanan tersebut, Faisal sekali lagi menjadi pertaruhan utama Kim Pan-gon untuk beraksi dalam kesebelasan utama bersama Darren Lok serta Akhyar Rashid.

Impak yang diberikan oleh Faisal tidak lama untuk meletakkan Malaysia di hadapan, selepas lorongan beliau berjaya diambil dengan baik oleh Akhyar Rashid untuk meletakkan skuad kebangsaan di hadapan pada minit ke-18.

Walaupun Harimau Malaya tampil dengan serba tidak menjadi di bahagian tengah, kelibat Faisal Halim sedikit sebanyak berjaya memberi nafas lega buat para penyokong negara.

Beberapa kali kelincahan dipamerkan oleh Faisal berjaya memberi masalah buat pertahanan Hong Kong untuk nengatasi beliau sepanjang awal permainan.

Umpama ‘pucuk dicita ulam mendatang’, akhirnya Faisal berjaya meletakkan nama beliau pula selaku penjaring gol pada penghujung separuh masa pertama untuk terus memberi keselesaan buat Malaysia sebelum ke bilik persalinan.

Gemaan ‘siuuuu’ yang menjadi popular sejak kebelakangan ini untuk Faisal kuat berbunyi selepas pemain lincah ini menemui sentuhan gol pertama beliau.

Lebih unik, ini merupakan jaringan pertama Faisal pada tahun 2023 setelah pemain itu masih belum meledak sebarang gol bersama kelab atau pasukan kebangsaan.

Maka, tidak salah buat Faisal untuk menangisi jaringan gol tersebut selepas berpenat lelah membantu pasukan negara di bahagian hadapan sejak aksi sebelum itu buat Malaysia.

Secara peribadi, aksi ditampilkan oleh Faisal sentiasa konsisten buat pasukan negara dan beliau menjadi salah satu contoh terbaik buat para pemain muda lain untuk mencontohi beliau.

‘Trend’ yang dibawa oleh Faisal kini menjadikan nama beliau sentiasa menjadi sebutan serta fenomena khususnya buat para penyokong bola sepak generasi baharu.

Saat Malaysia kini mula dibanjiri oleh barisan pemain naturalisasi serta kacukan, tampil pemain tempatan seperti Faisal untuk menjadi hero buat semua peminat bola sepak tanah air menerusi sumbangan beliau di atas padang.

Apapun, tahniah diucapkan buat Malaysia selepas berjaya memenangi dua perlawanan ini dengan positif serta memberi gambaran lebih jelas mengenai segala bentuk persiapan ingin dilaksanakan Kim buat negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN