Tan Sri Annuar Musa Gesa KAFA Rehatkan Fajr Ibrahim

Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa tidak gembira beliau di atas prestasi semasa pasukan Kelantan. Beliau juga mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan Fajr Ibrahim dalam usaha membantu Kelantang mengelak penyingkiran.

Lantas, Tan Sri Annuar Musa berpendapat pengendali tersebut wajar direhatkan. Beliau kecewa dengan cara pengurusan pasukan oleh Fajr Ibrahim dan KAFA.

Ini merangkumi perpindahan pemain, layanan ke atas pemain berpengalaman dan dilihat tidak mahu mengambil kesempatan menggunakan jendela perpindahan pertengahan musim untuk menguatkan lagi pasukan.

“Melihat prestasi pasukan malam tadi (menentang Selangor), rasanya, Ketua Jurulatih pasukan Kelantan, sudah boleh diminta berehat. Secara keseluruhannya prestasi semalam bukan lagi TRW.”

“Pemain tempatan yang ada sangat rendah tahapnya dan tiada komander dalam pasukan.”

“Saya hairan macam mana jurulatih boleh turunkan pasukan seperti ini, sedangkan pemain berpengelaman kita simpan di peti sejuk dan ada yang di jual.”

Beliau juga menyelar pengurusan pasukan yang tidak mengambil kesempatan dalam jendela perpindahan kedua terutama sekali pemain import Asean bagi mengubah nasib pasukan. Jendela perpindahan tersebut sudah pun ditutup semalam.

Tan Sri Annuar Musa juga berpendapat Kelantan memerlukan pemain import di serangan dan tengah.

“Saya nampak, untuk membina semula pasukan ini amat sukar sekali. Saya juga hairan kenapa pintu perpindahan kedua tidak digunakan untuk memperbaiki pasukan dan membawa masuk pemain import berkualiti.”

“Mengapa Dong dan Gomis hilang? Piya (Badhri Radzi) di mana? Kurangkanlah konflik dalaman dan urus pasukan secara profesional. Masa masih belum terlambat.”

Kekalahan di tangan Selangor tempoh hari merupakan yang ke-9 dalam Liga Super untuk Kelantan musim ini. Ianya juga meletakkan Kelantan di dasar liga, 6 mata daripada zon selamat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN