Tan Sri Annuar Musa Berang Dituduh Mempolitikkan Fakta Oleh Kevin Ramalimgam

Drama Tan Sri Annuar Musa dan FMLLP kini berlarutan. Terbaru, penasihat TRW itu menganggap Kevin Ramalingam sebagai biadap dengan tuduhan liar.

TSAM berkata:

“Saya memperingatkan Kevin Ramalingam supaya jangan biadap dalam melaksanakan tugas!”

“Saya nak tanya, apa yang dia maksudkan ‘jangan mempolitikkan isu’. Mempolitikkan apa? Umno? PAS? DAP?”

TSAM: Ini soal keadilan

TSAM menyifatkan tindakan beliau mempertikaikan FMLLP sebelum ini atas dasar mahukam keadilan kepada pasukan Kelantan. Beliau menambah:

“Ini soal bola, soal cara bekerja,soal keadilan. Saya berhak kerana saya stake holder.”

“Saya bukan makan gaji macam Kevin. Saya berbelanja dan melabur untuk bola kerana minat dan tak mahu bola sepak Kelantan di kuburkan atau berkubur.”

“Kevin dibayar gaji puluhan ribu sebulan untuk menunjukkan kualiti kerja yang profesional, bukan berlagak besar kepala dan sombong dgn sesuka hati buat kenyataan demi statement yang kantoikan FMLLP.”

Terima hukuman tetapi pertikaikan konsistensi

Tan Sri Annuar Musa kemudiannya memberitahu, pihak beliau dan KAFA bukan mempertikaikan hukuman, tetapi mempersoalkan konsistensi dalam pengurusan mereka.

“Pagi tadi saya bertemu Exco KAFA. Saya nasihatkan Exco KAFA diketuai Dato’ Sri Affendi Hamzah pergi ke pejabat FMLLP Isnin ini dan minta penjelasan.”

Pasukan Kelantan menjalani latihan di Kota Bahru.

“Kita bukan pertikaikan hukuman, kita pertikaikan konsistensi dalam menghukum dan kebijakasanaan dalam menghukum serta kemyataan beliau yang bercanggah canggah.”

“Usah cuba menggertak saya. Selagi saya terlibat dgn bola saya berhak dan akan terus bersuara tanpa takut atau gentar.”

“Biar rombongan KAFA dapatkan penjelasan dan kita akan tentukan langkah selanjutnya.”

“Sekali lagi saya ulang. Apa maksud mempolitikkan? Adakah Kevin mahu pasukan yang ditindas hanya berdiam diri dan hanya menagih simpati? Itu bukan TRW!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN