Ajax Amsterdam Kembali Tandatangani Klaas Jan Huntelaar, Beri Kontrak Setahun

Kata-kata Alan Hansen mungkin ada benarnya. “Anda tak boleh menang apa-apa dengan budak-budak,” kata bekas pundit BBC ketika mengulas kekalahan 1-3 Manchester United kepada Aston Villa pada perlawanan pembukaan musim 1995/1996.

Pada ketika itu, Manchester United baru sahaja menjual 3 pemain berpengalaman Mark Hughes, Paul Ince dan Andrei Kanchelskis. Ketika menentang Villa, Sir Alex Ferguson membariskan 6 pemain berumur 20 tahun ke bawah.

Meskipun kata-kata Hansen itu kembali menghantui dirinya (kerana skuad muda Manchester United muncul juara liga pada musim itu), ia tetap membuatkan jurulatih kembali meletakkan kepentingan untuk mempunyai pemain berpengalaman dalam pasukan.

Lagipun kita perlu ingat.

Walaupun skuad United pada musim 1995/1996 dibarisi oleh pemain muda seperti Paul Scholes, Gary Neville, Phil Neville, Nicky Butt dan David Beckham, mereka tetap dibantu oleh pemain-pemain berpengalaman seperti Peter Schmeichel, Steve Bruce, Gary Pallister dan Eric Cantona.

Mungkin inilah yang cuba dipelajari oleh Ajax Amsterdam bermula musim depan apabila menandatangani penyerang berpengalaman, Klaas Jan Huntelaar.

Bantu skuad muda Ajax

Klaas Jan Huntelaar sah menandatangani kontrak selama setahun bersama Ajax Amsterdam selepas kontraknya bersama Schalke 04 tamat pada penghujung musim 2016/2017.

Bekas penyerang Belanda yang berusia 33 tahun ini pernah menabur bakti bersama Ajax pada musim 2006 hingga 2008 dan menjaringkan 105 gol secara keseluruhan.

Dalam temuramah rasmi pertamanya selepas menandatangani kontrak tersebut, Huntelaar memberitahu:

“Tiada rahsia lagi Ajax merupakan kelab saya. Jadi saya gembira dapat kembali ke sini.”

Huntelaar tahu ramai penyokong Ajax akan mebangkitkan kebolehan fizikalnya yang merosot apabila kerap ditimpa kecederaan di Schalke 04 sehingga mengehadkan jumlah penampilannya. Huntelaar hanya tersenarai dalam kesebelasan utama Schalke 04 sebanyak 5 kali pada musim ini.

“Saya rasa sangat cergas dan bersedia untuk memulakan persediaan pra-musim pada penghujung Jun nanti,” dedah Huntelaar, sekaligus melenyapkan kerisauan kecederaannya.

Huntelaar turut mahu membantu Ajax menjuarai liga.

“Saya pernah menang trofi bersama Ajax. Tetapi bukan kejuaraan liga. Itu matlamat saya dan pasukan pada musim depan.”

Dengan kemasukan Huntelaar, kami menjangkakan beliau akan berpasangan dengan Kasper Dolberg di atas padang. Pengarah Polisi Pemain Ajax, Marc Overmars bersetuju sambil menambah, “Huntelaar turut akan membantu pemain muda kita di dalam dan luar padang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN