Sorotan Piala Dunia B-20 2017: Jerman Terkandas, England Mara

Skrip berbeza bagi dua jagoan Eropah dalam saingan Piala Dunia Bawah 20 edisi 2017 ini. Suka dan duka dicatatkan dalam kejohanan belia seperti ini.

Zambia 4-3 Jerman

Kegembiraan Jerman melalui gol penyamaan Jonas Arweiler pada minit 90+4 tidak lama. Pemain Zambia, Shemmy Mayembe menjaringkan gol kemenangan buat Zambia pada masa tambahan.

Minit 107 menjadi saksi Jerman diranapkan oleh wakil Afrika itu.

Sebelum itu, Philipp Ochs menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke -37. Jerman mendahului sehingga tamat separuh masa sebenar.

Zambia bangkit dan mengasak. Sehinggalah minit ke-86, Zambia mendahului 3-1. Kemudiannya mereka melepaskan dua gol yang mengheret skor 3-3.

Akhirnya, perlawanan dilanjutkan hingga ke masa tambahan. Sehinggalah Shemmy Mayembe menjaringkan gol berharga buat Zambia.

England 2-1 Costa Rica

Ademola Lookman menjaringkan kedua-dua gol untuk England. Gol tersebut hadir di setiap separuh masa.

Costa Rica meraih gol saguhati melalui Randall Leal. Randall menjaringkan gol tersebut pada minit ke-89.

Uruguay 1-0 Arab Saudi

Dengan kekalahan Arab Saudi, maka tiada wakil Asia mara ke suku akhir kejohanan kali ini.

Uruguay dianugerahkan sepakan penalti. Nicolas De La Cruz memanfaatkan penalti dengan menjaringkan gol buat Uruguay. Gol tunggal itu dijaringkan pada minit ke-50.

Skor itu kekal sehingga tamat masa sebenar permainan. Uruguay mara ke suku akhir bersama Zambia dan England.

Mexico 1-0 Senegal

Ronaldo Cisneros menjaringkan gol tunggal buat Mexico bagi memastikan pasukan itu mara ke suku akhir.

Gol itu dijaringkan pada minit ke-89.

Amerika Syarikat 6-0 New Zealand

5 gol dilepaskan All Whites selepas separuh masa kedua bermula. Menariknya, keenam-enam gol dijaringkan oleh enam pemain berlainan.

Minit ke-32 menyaksikan Joshua Sargent menjaringkan gol pendahuluan. Kemudiannya Jeremy Ebobisse pada minit ke-64. Seterusnya Brooks Lennon pada seminit kemudian.

Tiga gol lagi disumbangkan oleh Justen Glad, Auston Trusty dan Lagos Kunga.

Perancis 1-2 Itali

Perancis berputih mata meskipun berjaya mengikat Itali pada separuh masa kedua. Gol awal Itali disumbangkan oleh Riccardo Orsolini pada minit ke-27.

10 minit kemudian, Perancis meraih penalti dan Jean-Kevin Augustin memanfaatkannya untuk gol penyaman. Akhirnya, Itali memecahkan kebuntuan dengan gol kemenangan pada minit ke-53 melalui Giuseppe Panico.

Jadual perlawanan suku akhir

Berikut merupakan perlawanan suku akhir:

4 Jun: Venezuela lawan Amerika Syarikat, Portugal lawan Uruguay

5 Jun: Itali lawan Zambia, Mexico lawan England

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN