Juventus Tukar Nama Stadium Dari Juventus Stadium Kepada Allianz Stadium

Selepas menukar logo pasukan, kini Juventus menggunakan nama baharu bagi stadium mereka.

Stadium mereka yang dikenali sebagai Juventus Stadium kini telah pun berubah nama apabila ditukar nama kepada Allianz Stadium.

Ia akan digunakan secara rasmi bermula pada 1 Julai ini.

Tujuan perubahan nama ini dilakukan selepas Juventus telah mencapai persetujuan dengan pihak Allianz dan juga Lagardère Sports yang merupakan pemegang hak penamanan fasiliti sukan.

Berdasarkan perjanjian tersebut, stadium Juventus itu akan menggunakan nama Allianz Stadium sehingga tahun 2023.

Perjanjian hak penamaan stadium ini sungguh penting bagi Juventus, hal ini kerana wang hasil perjanjian tersebut akan digunakan oleh Juventus untuk menampung kos penyelenggaran stadium mereka.

Juventus Stadium bakal dikenali sebagai Allianz Stadium bermula pada 1 Julai ini.

Sebaik sahaja perjanjian telah selesai dimeterai, stadium bakal dihiasi dengan logo Allianz di tempat-tempat strategik di stadium terutamanya di teres utara dan selatan stadium.

Juventus Stadium akan menyertai stadium-stadium seperti Allianz Arena (Bayern Munich), Allianz Riviera (OGC Nice), Allianz Parque (Sao Paolo) dan banyak lagi stadium dan arena yang menggunakan nama Allianz atas dasar perjanjian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN