Tan Cheng Hoe Harap Saingan Liga Malaysia Dapat Kembali Bersambung

Tan Cheng Hoe

Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, meletakkan harapan tinggi agar Liga Malaysia dapat bersambung semula pada September depan demi memastikan pemain-pemainnya dapat mencari kembali kecergasan dan kekuatan fizikal sebelum beraksi di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bagi beliau, jika liga langsung tidak dapat dijalankan musim ini, ia pasti mengundang masalah besar dalam persiapan Harimau Malaya untuk menghadapi dua aksi kelayakan pada Oktober nanti biarpun adanya sesi latihan pusat.

Faktor itu berikutan pemain-pemain tidak ada kemampuan sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan kompetitif di pentas antarabangsa serta kekurangan motivasi jika liga musim ini tidak dapat diteruskan.

“Jika liga dapat bermula pada September ini, pemain sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk mereka bersedia sepanjang tempoh beberapa bulan ini daripada sekadar melakukan latihan sendirian di rumah.

“Pemain juga dapat mencari kembali sentuhan mereka dalam soal fizikal dan kecergasan bersama pasukan masing-masing sebelum sertai pasukan kebangsaan.

“Sudah tentu saya harap liga tidak dibatalkan demi memastikan pemain-pemain berada di tahap terbaik terutama soal fizikal dan stamina walaupun soal kesihatan adalah paling utama kerana penularan wabak COVID-19 sukar untuk diramal.

“Namun jika ia terjadi, sukar buat saya merencanakan persiapan pasukan kerana pemain belum bersedia sepenuhnya tetapi sebagai jurulatih,saya kena bersedia apa sahaja untuk hadapi situasi sebegini,” katanya.

Berdasarkan perancangan terbaharu Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang masih tertakluk kepada kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA), skuad Harimau Malaya akan bertemu Emiriah Arab Bersatu ( UAE) pada 8 Oktober di Dubai dan Vietnam pada 13 Oktober di Kuala Lumpur.

Sebelum turun berentap dalam dua perlawanan itu,skuad negara dalam perancangan mengaturkan satu aksi persahabatan bertemu Bahrain pada 3 Oktober di Manama.

Sebagai rekod, Malaysian Football League( MFL) merancang untuk menyambung kembali CIMB Liga Super serta Liga Premier pada 1-2 September dan berakhir pada 26-27 September ini.

Bagaimanapun situasi di Vietnam dan UAE ternyata lebih baik berikutan penularan wabak COVID 19 yang semakin terkawal apabila Vietnam dijangka akan memulakan liga tempatan pada Jun manakala UAE pada Ogos sementara Thailand juga akan bermula pada September sepertimana Malaysia.

Tambah Cheng Hoe, beliau akan mengekalkan sebahagian besar tonggak utama dalam skuad negara sebelum ini selain memantau perkembangan pemain lain yang tunjukkan prestasi cemerlang di saingan Liga Malaysia.

“Berikutan sudah lama mereka tidak dikumpulkan dengan kali terakhir iaitu pada November tahun lalu, saya harap mereka semua masih ada persefahaman yang baik antara satu sama lain.

“Perkara itu juga menjadi sebab kenapa saya rancang kekalkan ramai pemain utama demi mudahkan perancangan.

“Namun saya masih melihat mana-mana pemain lain yang beraksi dengan baik dan tetap berpeluang untuk diserapkan,ini juga salah satu kebaikan bila liga kita kembali bersambung iaitu saya boleh nilai prestasi mereka yang terkini,” ujar Tan Cheng Hoe lagi.

Kredit foto: Football Association of Malaysia (FAM)

Baca artikel lain dari kami mengenai skuad kebangsaan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN