Natxo Insa Idam Kembali Kemudi Harimau Malaya

natxo insa

Pemain Johor Darul Ta’zim, Natxo Insa masih lagi mempunya impian untuk kembali mengemudi barisan tengah skuad kebangsaan walaupun kini sudah berusia 34 tahun.

Beliau yang baru saja pulih dari kecederaan panjang yang membuatkan dirinya tersisih dari aksi bola sepak pada tahun lalu kini mahu meningkatkan prestasinya sebelum menjenguk kembali skuad kebangsaan.

“Sudah tentu sebagai pemain jika peluang itu datang, saya tidak akan menolaknya untuk beraksi dengan skuad kebangsaan kerana ia satu penghormatan dalam karier mana-mana pemain.”

“Cuba dalam masa sekarang, keutamaan saya mahu mengawal dan naikkan prestasi saya memandangkan sudah lama saya tidak bermain selepas kecederaan yang melanda saya musim lalu.”

Natxo Insa menyedari kepentingan untuk kembali ke tahap terbaik kerana sedar yang bahagian tengah skuad kebangsaan mempunyai ramai calon berkaliber untuk mengisi posisi itu.

“Persaingan dalam pasukan merebut posisi tengah cukup sengit namun ia satu situasi sihat kepada saya serta pasukan kerana secara tidak langsung masing-masing akan tingkatkan prestasi.”

“Namun jika ditanya kepada saya adakah saya mahu beraksi jika mendapat panggilan, ya sudah tentu saya akan menerimanya dan tidak akan menolak.”

Untuk rekod, Natxo hanya mempunyai satu sahaja penampilan bersama skuad negara di atas namanya iaitu ketika perlawanan persahabatan menentang Mongolia pada 2018.

Leave a Reply