Tan Cheng Hoe Berpeluang Cipta Rekod Kemenangan Sulung Di Thailand

Pengendali berpengalaman, Tan Cheng Hoe berpeluang untuk mencipta rekod positif beliau di Thailand bersama Police Tero pada saingan Thai League 1 akan datang tidak lama lagi.

Terdahulu, Cheng Hoe berjaya menamatkan penantian Police Tero untuk memperoleh mata pertama selepas mereka mencatat empat kekalahan berturut-turut dalam persaingan liga tersebut.

Bawah kendalian Cheng Hoe buat pertama kali pasukan itu berjaya memperoleh satu mata selepas mereka merekodkan empat kekalahan berturut-turut bersama aksi cukup tidak menyakinkan.

Pada aksi tersebut, Cheng Hoe berjaya memastikan mereka mendapat sekurangnya satu mata apabila siri kebangkitan di separuh masa kedua menerusi jaringan penalti penyerang import, Juvhel Tsoumou memastikan kelab itu terikat seri bersama Nakhon Pathom.

Malah, corak permainan ditampilkan Police Tero bawah kendalian Cheng Hoe juga sangat menarik apabila pasukan itu lebih banyak menguasai permainan berbanding pelawat.

Untuk aksi seterusnya, bekas pengendali Selangor itu berpeluang untuk mencipta sejarah baharu buat dirinya dengan membantu Police Tero meraih tiga sulung selepas mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan.

Ini kerana lawan mereka seterusnya itu merupakan pasukan berada di tangga tercorot dalam saingan Thai League 1 iaitu Prachuap di gelanggang lawan pula.

Apatah lagi Prachuap masih lagi segar dengan kekalahan terbaharu mereka di tangan salah satu kelab gergasi Thailand iaitu Muangthong United menerusi keputusan 1-2 di gelangang pasukan lawan iaitu Stadium SCG.

Untuk rekod pertemuan kedua pasukan tersebut musim ini, masing-masing sudah pun bertembung sebanyak dua kali dengan aksi terakhir memihak kepada Prachuap menerusi kemenangan 2-1 dalam saingan Piala FA.

Lebih menarik, Police Tero bakal berhadapan dengan bekas penyerang mereka yang kini unggul selaku penjaring terbanyak bersama Prachuap iaitut Jeong Woo-Geun.

Walaupun begitu, momentum semasa jelas memihak kepada Police Tero yang masih segar dengan satu mata mereka serta kini diberi nafas baharu bawah kendalian bekas pengendali dari Kedah iaitu Cheng Hoe.

Pengendali itu sudah tentu tidak rela terlepas sebarang mata lagi, kerana Cheng Hoe pastinya mahu mencuba sehabis baik untuk memperbaiki kedudukan Police Tero sebelum saingan berakhir.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu kini mempunyai baki 10 perlawanan sahaja lagi untuk memastikan pasukan tersebut mengelak daripada tersingkir ke saingan Thai League 2 musim seterusnya.

Selaku jurulatih pertama dari Malaysia yang mengendalikan kelab di saingan utama Thailand, sudah tentu Cheng Hoe mahu menamatkan segalanya bersama rekod positif serta mengharumkan nama negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN