RASMI: Pemain Kebangsaan Palestin Kini Jadi Milik Kelantan United

Pemain tengah kebangsaan Palestin iaitu Oday Kharoub secara rasminya kini menandatangani kontrak baharu bersama Kelantan United untuk mengharungi musim 2024/2025 dalam aksi Liga Malaysia (Liga M).

Ianya diperkenalkan secara rasmi melalui media Kelantan United dengan menyatakan pemain tersebut kini menjadi milik mereka untuk mengharungi musim akan datang.

“Mengumumkan pemain tengah asal Palestin, Oday Kharoub telah menyertai Kelantan United FC untuk saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

“Oday berusia 31 tahun dibawa masuk dari kelab Liga Premier Palestin, Hilal Al-Quds dan adalah tonggak utama skuad kebangsaan negaranya dalam kejohanan Piala Asia baru-baru ini.

“Dia telah membantu pasukan itu layak sehingga ke pusingan kedua. Setakat ini Oday telah mendapat lebih 25 caps bersama Palestin.

“Penyertaan Oday Kharoub bersama Kelantan United FC adalah pengalaman pertamanya di luar negara kelahiran kerana sejak beraksi profesional pada 2012, dia hanya bermain di sekitar Liga Palestin sahaja.

“Selamat datang Oday Kharoub ke Malaysia dan Negeri Kelantan khususnya,” jelas kenyataan tersebut mengenai kehadiran Oday bagi saingan musim ini.

Info mengenai kehadiran Oday ke saingan Liga M bersama Kelantan United sebelum ini telah pun dilaporkn oleh wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi dengan menyatakan pemain kebangsaan Palestin akan menyertai Liga M menerusi media sosial X.

Selain Oday, pasukan tersebut turut menandatangani kontrak pemain bintang Kelantan TRW musim lalu iaitu Fazrul Amir bagi memperkukuhkan aspek serangan mereka.

“Mengumumkan penyerang sayap, Mohamad Fazrul Amir Md. Zaman kembali menyertai Kelantan United FC setelah dua musim bersama Kelantan FC.

“Fazrul Amir pernah beraksi dua tahun bermula 2020 hingga 2021 bersama Kelantan United FC setelah dibawa masuk dari pasukan Piala Presiden PKNS.

“Setelah itu, dia menyertai Kelantan FC dan membantu kelab tersebut untuk muncul naib juara Liga Premier 2022 seterusnya beraksi di Liga Super 2023.

“Selamat kembali Ghaddar Kelate bersama skuad Sang Kijang Hijau,” kata kenyataan itu lagi untuk turut memperkenalkan Fazrul secara rasmi.

Jangkaan kami, lebih ramai pemain baharu bakal diperkenalkan Kelantan United terutama sekali membabitkan aspek import untuk menjadikan mereka mampu memberi cabaran sengit buat pasukan lain di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN