Giliran Rizal Ghazali Pula Diperkenalkan Secara Rasmi Oleh Kedah

Bekas pertahanan kental Harimau Malaya, Rizal Ghazali secara rasminya telah pun diperkenalkan secara rasmi oleh Kedah Darul Aman (Kedah) untuk mengharungi saingan musim 2024/2025.

Ianya diperkenalkan sendiri secara rasmi melalui laman tersebut di media sosial dengan menyatakan Rizal kembali memperkukuhkan Kedah untuk aksi Liga Malaysia (Liga M) musim akan datang.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Mohd Rizal Ghazali, pemain yang mencipta nama suatu masa dahulu bersama skuad hijaukuning dan antara pertahanan kanan terbaik pernah beraksi di Liga Malaysia.

“Selepas berkelana beberapa tahun, beliau kembali ke bumi jelapang padi menabur bakti,” jelas kenyataan tersebut menerusi media sosial rasmi kelab berkenaan mengenai kehadiran Rizal.

Untuk rekod, Rizal menjadi antara tunjang utama kekuatan Sabah sejak dua musim lalu sehingga membawa pasukan berkenaan bersaing di kejohanan AFC bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Musim lalu sahaja menyaksikan Rizal beraksi sebanyak 27 perlawanan di pentas domestik bersama Sabah dengan merekodkan tiga gol bersama enam bantuan jaringan secara keseluruhan.

Tidak terhenti di pentas domestik, bekas pertahanan Harimau Malaya itu juga turut mencipta sensasi di pentas Asia dalam saingan AFC menerusi tiga perlawanan diharungi serta turut mencatat satu bantuan gol.

Secara keseluruhan, kehadiran Rizal dianggap sebagai aset penting buat Kedah kerana kelebihan beliau yang cukup dominan di posisi pertahanan serta mampu memberi sumbangan besar buat bahagian serangan.

Nama Rizal juga bukan lagi sesuatu yang asing buat skuad Sang Kenari kerana beliau pernah mencipta nama bersama Kedah sejak beberapa musim lalu dengan aksi cukup menyakinkan.

Maka, tidak hairan nama beliau terus menjadi siulan positif dalam kalangan peminat Kedah yang sentiasa berharap Rizal untuk kembali semula menyertai Kedah di pentas domestik.

Selain Rizal, Sang Kenari terlebih dahulu memperkenalkan penyerang tempatan mereka untuk mengharungi saingan Liga M pada musim 2024/2025 iaitu Syafiq Ahmad.

Untuk rekod, Syafiq bukan lagi satu nama asing dalam dunia bola sepak Kedah, apabila beliau menjadi antara bakat muda berkualiti pernah dihasilkan kelab tersebut suatu ketika.

Selepas tampil cemerlang bersama Kedah, Syafiq melebarkan karier beliau bersama JDT dan memperoleh banyak kejayaan di pentas domestik serta antarabangsa buat pasukan Harimau Malaya.

Dijangka lebih ramai pemain lain bakal diperkenalkan Kedah selepas ini dalam usaha mereka untuk menjadi lebih baik pada saingan hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN