Syafiq Ahmad Mahu Naikkan Nama Kedah Supaya Kembali Digeruni

Penyerang berbisa baharu Kedah Darul Aman (Kedah), Syafiq Ahmad jelas memiliki azam tersendiri untuk mengharungi saingan musim hadapan dengan menjadikan pasukan tersebut kembali digeruni.

Terdahulu, Syafiq secara rasminya kembali menyarung jersi Kedah Darul Aman (Kedah) untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2024 bawah kendalian Nafuzi Zain.

Ianya diperkenalkan secara rasmi melalui video yang dimuat naik oleh media sosial Kedah dengan memaparkan Syafiq selaku pemain pertama diikat Kedah musim ini.

Syafiq menjadi antara pemain yang dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan musim ini dengan status pinjaman dan khabar angin sebelum itu turut menyatakan beliau bakal diikat Sang Kenari.

Untuk rekod, Syafiq bukan lagi satu nama asing dalam dunia bola sepak Kedah, apabila beliau menjadi antara bakat muda berkualiti pernah dihasilkan kelab tersebut suatu ketika.

Selepas tampil cemerlang bersama Kedah, Syafiq melebarkan karier beliau bersama JDT dan memperoleh banyak kejayaan di pentas domestik serta antarabangsa buat pasukan Harimau Malaya.

Menurut Syafiq, beliau jelas gembira selepas kembali bersama pasukan yang pernah menaikkan nama beliau dalam dunia bola sepak profesional sebelum diikat oleh JDT selaku penyerang tempatan antara paling menonjol di Malaysia.

Malah, beliau impi untuk menjadikan Kedah selaku antara pasukan kembali digeruni dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

“Saya gembira kembali ke pasukan yang saya pernah cipta nama, saya akan usaha bantu naikkan nama Kedah dan yang penting prestasi saya dapat dipertingkatkan.

“Kedah ada penyokong yang cukup besar, dengan perancangan terkini, senarai pemain baru yang masuk musim ini, saya dan rakan sepasukan berazam untuk naikkan nama Kedah, digeruni kembali,” jelas Syafiq melalui media sosial rasmi Sang Kenari.

Menerusi statistik dikongsikan oleh Kedah, secara keseluruhan Syafiq sudah pun beraksi sebanyak 81 perlawanan secara keseluruhan bersama 34 gol telah dihasilkan pemain ini serta 11 bantuan jaringan.

Kelincahan dimiliki Syafiq menjadi salah satu aspek penting mengapa beliau masih dianggap sebagai antara penyerang tempatan berbisa buat pasukan kebangsaan.

Malah, Syafiq juga memiliki kreativiti sangat baik di posisi serangan serta sangat tajam menerusi kualiti tandukan beliau yang telah pun diakui ramai para penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN