Oday Kharoub: “Saya Mahu Tunjuk Kepada Dunia Kami Masih Bebas Hidup”

Oday Kharoub yang merupakan pemain kebangsaan Palestin secara rasminya kini telah pun diperkenalkan Kelantan United selaku antara tonggak import mereka pada saingan musim hadapan.

Oday yang merupakan salah satu tonggak penting buat Palestin dalam saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar menjadi rekrut pertama buat Kelantan United yang mencipta sedikit rombakan musim 2024/2025.

“Mengumumkan pemain tengah asal Palestin, Oday Kharoub telah menyertai Kelantan United FC untuk saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

“Oday berusia 31 tahun dibawa masuk dari kelab Liga Premier Palestin, Hilal Al-Quds dan adalah tonggak utama skuad kebangsaan negaranya dalam kejohanan Piala Asia baru-baru ini.

“Dia telah membantu pasukan itu layak sehingga ke pusingan kedua. Setakat ini Oday telah mendapat lebih 25 caps bersama Palestin.

“Penyertaan Oday Kharoub bersama Kelantan United FC adalah pengalaman pertamanya di luar negara kelahiran kerana sejak beraksi profesional pada 2012, dia hanya bermain di sekitar Liga Palestin sahaja.

“Selamat datang Oday Kharoub ke Malaysia dan Negeri Kelantan khususnya,” jelas kenyataan tersebut semalam menerusi media sosial mereka.

Jelas Oday, beliau mempunyai sebab mengapa dirinya memilih untuk menyarung jersi Kelantan United dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), meskipun mendapat beberapa tawaran dari kelab Jordan, Mesir, serta Qatar.

“Saya memilih pasukan ini (KUFC) kerana sokongan rakyat Malaysia kepada kami sangat baik. Saya mahu tunjukkan kepada dunia bahawa kami masih bebas hidup termasuk bermain bola sepak.

“Saya gembira berada di Malaysia dan Kelantan kerana bila beraksi di luar negara saya turut membawa nama Palestin. Seperti diketahui, ramai rakan-rakan saya termasuk ketua jurulatih telah syahid akibat peperangan di Gaza,” jelas Oday.

Seperti diketahui, Palestin kini merupakan negara paling mencuri tumpuan dunia ekoran keganasan dibuat oleh rejim zionis yang menyebabkan ramai rakyat mereka menderita.

Malaysia menjadi antara negara paling kuat memberi sokongan buat Palestin dan pastinya Oday menyedari rata-rata rakyat di sini pastinya akan terus memberi sokongan buat pemain tersebut.

Apatah lagi keupayaan tinggi Oday selaku pemain tengah kebangsaan Palestin pastinya akan menjadi pertaruhan terbaik buat Kelantan United mengharungi saingan akan tiba.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN