“Takkan TMJ Nak Bohong” – B. Satiananthan Tak Sangka Tawaran Gaji Lim Teong Kim Tinggi

B. Satiananthan

B. Satiananthan selaku Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) menyuarakan pendapat tidak mungkin Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pembohongan berkenaan isu gaji yang tinggi diletakkan oleh Lim Teong Kim.

Hal berkenaan mula timbul setelah Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) membuat dakwaan mengenai nilai gaji yang diminta oleh Teong Kim sebanyak 70,000 euro (RM327,000) hingga 80,000 euro (RM374,000) bagi berkhidmat selaku jurulatih yang bakal membangunkan skuad Harimau Selatan.

Menurut Satiananthan yang juga merupakan bekas pengendali Selangor, jumlah yang ditawarkan iti terlalu tinggi sekiranya apa yang dibicarakan TMJ itu adalah benar.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

“Memang tinggi, dalam dunia saya ingat tak ramai jurulatih remaja harga (gaji) macam itu. Kalau di Eropah semua macam itu saya fikir banyak kelab yang bankrap.

“Kalau betul dia minta 70,000 euro (RM327,000) hingga 80,000 euro (RM374,000) memang saya terkejut. Hanya segelintir jurulatih dekat Eropah macam Pep Guardiola dan yang jaga kelab EPL (Liga Perdana Inggeris) semua tinggi, tapi berapa peratus saja jurulatih hebat yang bergaji tinggi di Eropah.

“Bagi saya takkan Tunku (TMJ) nak bohong, apa dia dapat untuk berbohong. Tunku ini kalau anda tahu jenis orang yang cakap terus terang. Dia anak Raja, dia tak dapat apa-apa kalau bohong.

“Tak payah bohong dia tak ada kepentingan apa-apa pun. TMJ pun ada ramai kawan dekat Sepanyol termasuk dengan kelab Valencia dan Barcelona, mesti dia tahu pasal gaji.

“Tapi saya memang mengharapkan Teong Kim dapat melatih skuad senior dalam Liga Malaysia kerana dia memiliki keyakinan yang tinggi walaupun tiada pengalaman dengan mana-mana pasukan senior,” katanya kepada BH Sukan.

‘Perang mulut’ antara TMJ dan Teong Kim mula tercetus di media sosial setelah pemilik kelab Harimau Selatan itu mendakwa bekas  Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu mengenakan tawaran gaji yang terlalu tinggi dan dinafikan oleh tuan badan sendiri.

Walaupun dinafikan, TMJ membalas kembali dengan lantang berkata:  “Jangan nak temberang. Pasukan kewangan saya tahu berapa banyak yang kamu minta.

“Bila saya tanya kenapa mahal sangat, awak jawab jikalau saya mampu beli Lamborghini takkan gaji itu saya tak mampu. Itu apa yang awak cakap. Jadi jangan nak twist (pusing cerita).”

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN