Pendapat Peribadi Gerard Pique Berkait Saga Perpindahan Ousmane Dembele

Ketua pasukan Barcelona, Gerard Pique tampil memberi pandangan beliau berkait saga perpindahan yang melibatkan Ousmane Dembele.

Dalam satu temu bual bersama Ibai Llanos, pemain pertahanan Sepanyol itu telah memberi pandangan peribadinya berkait hal tersebut, dan Pique jelas sekali berharap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan hal tersebut dengan baik.

“Saya faham kedua-dua pihak, kita sekarang berada dalam dunia perniagaan yang melibatkan banyak duit, setiap pihak berhak untuk pertahankan pandangan mereka, saya faham posisi kelab dan pemain sendiri. Semoga saja semua pihak dapat jalan penyelesaian terbaik.”

“Kita akan lihat, dikhabarkan yang mungkin akan lebih banyak operasi, kita akan cuba menyesuaikan diri dengan apa saja yang datang. Rakan seperjuangan yang akan banyak beri bantuan sudah tiba, saya rasa kami akan jadi lebih kompetetif.”

Gergasi Catalan itu menegaskan yang Dembele sepatutnya mencari sendiri kelab baru untuknya pada jendela perpindahan Januari ini.

Rundingan tawaran kontrak baru untuk pemenang Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Perancis itu berakhir dengan kegagalan, walaupun Dembele sendiri mendakwa yang beliau sebenarnya langsung tak ada niat mahu tinggalkan kelab.

Dembele turut menegaskan yang Barcelona sendiri yang menyebabkan beliau memutuskan untuk tidak mahu menandatangani kontrak baru.

Pemain kebangsaan Perancis itu ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai lebih dari €100 juta, namun Barcelona sepertinya lebih banyak menghabiskan duit untuk menanggung kos rawatan beliau sepanjang kariernya di Nou Camp.

Pihak kelab jelas sekali sangat berharap agar mereka setidak-tidaknya akan mampu mendapatkan sesuatu, sebelum terpaksa melepaskan Dembele pergi secara percuma pada musim panas akan datang.

Pemain sayap dari Perancis itu sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal sertai saingan Premier League, dengan Newcastle United, Chelsea dan Manchester United dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Javi Miguel anggap Ousmane Dembele terlalu sombong

Selepas melihat saga perpindahan Ousmane Dembele dilihat semakin membingungkan, wartawan tersebut tampil membantai bintang Barcelona itu.

Pihak kelab mengesahkan yang Dembele berhasrat mahu meninggalkan Nou Camp, dan pengurus kelab, Xavi sendiri sudah turut mengetepikan bintang Perancis itu dari skuad utamanya sejak beberapa perlawanan terakhir ini.

Barcelona juga sepertinya sudah tidak berminat untuk menawarkan kontrak baru kepada Dembele, dengan sporting director kelab, Alemany menegaskan yang pihak kelab hanya mahukan pemain yang komited sahaja.

Dembele telah diberitahu yang beliau perlu untuk meninggalkan kelab, namun beliau lebih memilih untuk melawan dan membidas semula kenyataan dari kelab.

Wartawan, Javi Miguel tampil membantai Dembele dengan menyatakan bahawa:

“Kenyataan Dembele berbunyi dengan sangat angkuh. Ousmane, kamu bukan berada dalam situasi yang mana kamu boleh meminta sesuatu dari sesiapa.”

“Pihak kelab sudah melindungi beribu-ribu kesalahan disiplin yang kamu buat. Dengar nasihat saya, adalah lebih bagus untuk kamu tidak memprovokasi mereka dan sekadar mendiamkan diri.”

Seperti yang didakwa oleh Gerard Pique, semoga saja urusan berkait perpindahan Dembele akan diselesaikan dengan baik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN