Tak Wajar Rampas Hak Selangor Ke Pentas Asia

Ketika ini, timbul persoalan jika Selangor akan terus beraksi atau disingkirkan daripada beraksi dalam saingan AFC Champions League 2 (ACL2) selepas hukuman buat mereka masih belum dikeluarkan.

Terdahulu, Selangor dilaporkan bakal berdepan hukuman daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas keputusan mereka untuk menarik diri daripada bersaing dalam kejohanan Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat lalu.

Ianya dikeluarkan secara rasmi beberapa hari lebih awal sebelum aksi Sumbangsih tersebut dengan Selangor mengumumkannya menerusi media sosial milik mereka.

Jelas Selangor, mereka terpaksa menarik diri daripada saingan tersebut kerana bimbang akan faktor keselamatan bakal dihadapi para pemain selepas apa telah menimpa Faisal Halim.

“Selangor FC telah mengambil maklum keputusan MFL untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mel 2024 ini.

“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagal pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawal pasukan dalam tempoh hanya 72 Jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk TIDAK HADIR ke Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan,” jelas kenyataan dikeluarkan oleh mereka.

Beberapa komen serta pandangan dikeluarkan oleh peminat tempatan kini jika The Red Giants bakal dikenakan pelbagai hukuman termasuk slot ke saingan Asia turut dibatalkan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh pemerhati bola sepak tempatan iaitu Dr Pekan Ramli, beliau menganggap tidak wajar untuk Selangor dikenakan hukuman kerana mereka mempunyai alasan sangat kukuh.

“Saya harap hukuman yang bakal diberikan tidak sampai ke tahap itu (tarik balik penyertaan Selangor FC ke ACL2). Apa yang berlaku bukan disengajakan dan ada justifikasi yang kuat.

“Mereka sudah bekerja keras untuk meraih slot ACL2 pada musim lepas dan jika ada sekatan mungkin boleh dimulakan pada tahun yang akan datang.

“Apa yang pasti, tidak wajar hukuman lebih berat diberikan kepada Selangor dan secara peribadi saya harap MFL mengambil langkah bijaksana dalam mengenakan hukuman selain tidak terpengaruh dengan sentimen luar.

“Liga Malaysia juga baru bermula dan harapan sudah pasti kita mahu kukuhkan semangat persaudaraan kerana saingan liga ini adalah milik bersama dan bukan individu,” kata beliau menerusi petikan Kosmo.

Terdahulu, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor juga berharap supaya tiada tindakan terlalu membebankan bakal dikenakan kepada mereka.

Sumber:
Kosmo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN