‘Pejuang Sejati’ – Kini Faisal Halim Dipindahkan Ke Wad Biasa

Laporan terbaharu mengenai Faisal Halim jelas merupakan sesuatu yang sangat positif dan melegakan para peminat bola sepak tempatan, apabila beliau sah dipindahkan ke wad biasa.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Astro Arena, ianya diakui sendiri oleh Datuk Seri Shahril Mokhtar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor mengenai perkembangan positif pemain tersebut.

“Hari ini boleh dikatakan sebagai hari lebih baik selepas beliau sudah pun dipindahkan dari wad ICU ke wad biasa tetapi masih lagi tidak dibenarkan bertemu dengan pelawat.

“Ini kerana keadaan beliau masih lagi sensitif, tetapi Alhamdulillah kini Faisal stabil. Selepas ini pakar dikatakan masih memantau keadaan Faisal dan InsyaAllah pembedahan seterusnya bakal berlangsung minggu hadapan,” kata beliau melalui Astro Arena.

Jelas ia merupakan sesuatu yang sangat baik, selepas keseluruhan peminat bola sepak kebangsaan berduka dengan apa telah menimpa bintang bola sepak Harimau Malaya itu.

Terdahulu, Faisal telah dilaporkan kritikal selepas sebahagian besar tubuh beliau melecur teruk akibat simbahan asid daripada dua penjenayah tidak dikenali ketika pemain itu bersama keluarganya di salah satu pasaraya sekitar Petaling Jaya.

Namun, pemain kelahiran Pulau Pinang itu jelas tidak mengalah dengan apa menimpa beliau dengan perlahan-lahan mempamerkan reaksi positif sehingga kini dirinya telah ditukarkan ke wad biasa.

Perkembangan seterusnya menyaksikan Faisal bakal menghadapi satu lagi pembedahan buat kali keempat di mana pemindahan kulit pada tubuhnya akan dibuat untuk menampal bahagian kecederaan.

“Sebahagian besar pembedahan tersebut membabitkan bahagian tangan Faisal kerana di situ paling banyak menerima kesan lecuran,” ulas Shahril lagi.

Seterusnya, Faisal juga dilaporkan mungkin akan berada di hospital untuk dua minggu lagi sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Walaupun begitu, pemain tersebut masih lagi perlu menunggu masa yang sangat lama untuk kembali dibenarkan beraksi di atas padang dengan tempoh beberapa bulan ke atas.

Situasi lain pula menyaksikan bintang Terengganu, Akhyar Rashid dilaporkan sudah pun dibenarkan untuk turun dalam sesi latihan hari ini apabila beliau kini sudah pun pulih daripada kecederaan akibat siri serangan penjenayah.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan supaya Faisal kembali sembuh serta akan terus mewarnai dunia bola sepak Malaysia pada masa hadapan dengan suatu inspirasi.

Sumber:
Astro Arena

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN