Bintang Muda Sri Pahang Ingin Kekal Dalam Kesebelasan Utama

Bintang muda Sri Pahang, Saiful Jamaluddin jelas mempunyai sasaran cukup besar pada musim ini dengan beliau mahu terus diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama pasukan tersebut.

Nama Saiful secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai peminat bola sepak tempatan, apabila kelibat beliau tampak menyakinkan ketika aksi pertama membabitkan skuad Tok Gajah berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) pada saingan pertama Liga Super 2024/2025.

Pada aksi tersebut, Saiful diletakkan dalam kesebelasan utama di bahagian tengah bertahan dan beliau menjalankan tugas dengan sangat baik untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Sri Pahang.

Aksi beliau bukan sahaja mendapat perhatian para penyokong di media sosial, malah pengendali kelab iaitu Fandi Ahmad sendiri tampil memberi pujian penuh khas buat pemain muda itu.

Kualiti dipamerkan Saiful menyebabkan barisan serangan KDN menghadapi kesukaran pada perlawanan tersebut untuk melepasi beliau selain dirinya tenang mengawal tempo permainan bersama Stefano Brundo serta Kuvondik Ruziev.

Walaupun tampil cemerlang pada aksi tersebut, Saiful enggan terbuai dengan segala pujian dan akui masih belum berpuas hati dengan apa telah ditampilkan pada aksi itu.

‘Ubi’ Sri Pahang Raih Pujian Penuh Daripada Fandi Ahmad

“Bagi saya berdepan KDN FC Sabtu lalu, ia bukan persembahan sebenar dan perlu meningkatkan prestasi pada perlawanan akan datang jika mahu kekal berada dalam kesebelasan utama.

“Namun, saya berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan barisan kejurulatihan terutama ketua jurulatih (Fandi Ahmad) yang menyenaraikan saya dalam skuad utama pada aksi pembuka tirai Liga Super.

“Saya harap dapat mengekalkannya (kesebelasan utama) pada perlawanan akan datang kerana perlu bersaing dengan pemain lebih berpengalaman seperti Nor Azam Azih,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, pemain Malaysia bawah 23 (B-23) itu turut mengucapkan terima kasih kepada bintang senior, Azam Azih kerana membantu beliau meningkatkan lagi kualiti permainan.

“Pada perlawanan kedua nanti saya ingin terus bermain dan akan memastikan jurulatih mengekalkan saya dalam skuad utama,” kata beliau lagi.

Melihat kepada prestasi positif ditampilkan beliau lalu, maka tidak mustahil untuk Fandi terus meletakkan kepercayaan buat beliau dalam kesebelasan utama pada aksi akan datang.

Saiful sebenarnya sudah pun diberi kepercayaan pada tahun lalu oleh Fandi sebanyak beberapa perlawanan domestik serta dirinya turut mampu memainkan peranan selaku pertahanan tengah.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN