“Tak Sepatutnya Berlaku” – Kenapa Manzoor Rasa Bersalah Dengan 2 Pemain Penang Yang Kemalangan?

Manzoor Azwira rasa bersalah pemain Penang kemalangan

Lewat petang semalam kita dikejutkan dengan kemalangan melibatkan dua pemain Penang, Azmeer Aris dan Amer Azahar ketika dalam perjalanan ke stadium untuk menyertai pasukan yang akan bertemu Kuching City.

Walaupun hanya mengalami kecederaan ringan, tetapi situasi kemalangan sehinggakan lori terbakar memberi gambaran seperti ia eksiden yang teruk.

Mujur buat kedua-dua pemain, mereka terselamat daripada kecederaan yang teruk. Kedua-duanya terpaksa disisihkan untuk aksi malam tadi.

Berbanding Amer Azahar, Azmeer Aris merupakan tonggak utama pasukan dan telah tampil bermain dalam sembilan perlawanan setakat ini. Dan difahamkan, untuk berdepan ‘The Cats’, Azmeer bakal menjadi antara tonggak utama di posisi bek kiri. Atas sebab kemalangan tersebut, pengendali, Manzoor Azwira terpaksa mengubah perancangannya.

Saya rasa bersalah. Benda itu [kemalangan] tidak sepatutnya berlaku pada hari perlawanan,” ungkap Manzoor tentang kemalangan tersebut.

Dan salah seorang itu [Azmeer] akan turun dalam kesebelasan. Sedikit sebanyak akan terganggu perancangan saya,” jelasnya lagi tentangnya.

Manzoor bukanlah menyalahkan takdir, cuma barangkali sedikit terkilan dengan nasib dua pemainnya yang ditimpa kemalangan sebelum aksi.

Saya berdoa dan berharap dua pemain itu tidak mengalami kecederaan yang serius. Itu paling penting bagi saya,” ungkap Manzoor di sidang media.

Dalam kemalangan pada jam 3.30 petang itu, sebuah lori secara tiba-tiba terbakar ketika menaiki jalan berbukit serta mengundur ke belakang. Kereta pemain itu berada kira-kira 100 meter di belakang dan terkena kepada lori yang mengundur itu, lalu turut terbakar. Kedua-dua pemain itu berjaya menyelamatkan diri apabila bertindak keluar dari kereta yang dinaiki.

Sekali lagi Manzoor mengulangi kata-katanya yang sedikit menimbulkan persoalan, “Bagi saya, benda itu tidak sepatutnya berlaku. Saya harap lepas ini, kita cuba elakkan daripada berlaku perkara begini pada hari perlawanan.

Mengapa Manzoor menekankan tentang sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku pada hari perlawanan dan mengapa pada jam 3.30 petang, pemain Penang masih berada di jalan raya serta belum bersama pasukan lagi?

Menurut Manzoor, mereka sepatutnya menyertai sesi taklimat bersama pasukan tetapi tidak sempat apabila berlaku kemalangan tersebut.

Bukankah setiap pasukan selalunya akan berkumpul lebih awal pada hari perlawanan untuk persediaan seperti sesi taklimat, taktikal dan sebagainya?

Adakah ini yang membuatkan pengendali tersebut berasa bersalah kepada mereka? Tidak dapat dipastikan apa yang bermain di fikirannya malam tadi.

Selalunya, setiap pasukan akan berkumpul lebih awal pada hari perlawanan. Namun, apabila kedua-dua mereka masih dalam perjalanan di waktu petang untuk ke sesi taklimat, tidak dapat dipastikan mengapa ia boleh berlaku.

Malah, bukankah pemain harus sudah dalam fasa berehat dan bersedia dari segi mental serta fizikal kerana perlawanan akan berlangsung pada sebelah malam? Mungkin ini yang dikesalkan Manzoor di sidang media, malam tadi.

Walaupun bermain tanpa pemain tonggak yang terpaksa disisihkan akibat kemalangan, Penang berhasil meraih kemenangan 2-1 ke atas Kuching City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN