Manchester City Minat Dapatkan Khidmat Pertahanan Arsenal Musim Hadapan

Pasukan gergasi England iaitu Manchester City mempunyai rencana tersendiri pada musim hadapan untuk cuba menandatangani khidmat salah seorang pertahanan Arsenal.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah Kieran Tierney, dan ia dianggap salah satu laporan perpindahan mengejutkan menerusi laman sukan Sportbible.

Tierney sebelum itu ditandatangani Arsenal pada musim panas 2019, selepas beliau beraksi dengan sangat cemerlang bersama Celtic untuk menjadi salah satu tunjang penting buat The Gunners.

Bersama Arsenal, Tierney tidak mengambil masa yang lama untuk meninggalkan impak besar, sehingga pertahanan ini mendapat gelaran Pemain Terbaik Bulanan pada bulan Jun 2020.

Malah, Tierney juga menjadi salah satu pemain yang menjadi nadi utama kepada kejayaan Arsenal ketika menewaskan Chelsea dalam saingan Piala FA 2020.

Walaupun begitu, nasib tidak begitu menyebelahi beliau selepas Tierney mengalami kecederaan dan posisi beliau kini digantikan oleh Oleksandr Zinchenko dengan cukup baik.

Tierney tetap tampil cemerlang selepas itu, untuk beradaptasi dengan penerapan taktikal yang diterapkan oleh Mikel Arteta sepanjang sesi latihan.

Namun, tahun ini menyaksikan Tierney sekadar tersenarai dalam kesebelasan utama hanya sekali pada tahun 2023 dan lebih banyak memanaskan bangku simpanan pasukan tersebut.

Ketika ini, nama beliau dilaporkan berada dalam radar City untuk saingan musim hadapan, dalam misi pasukan tersebut ingin terus memperkukuhkan posisi pertahanan.

Menurut laporan, City ketika ini sedang giat memantau perkembangan semasa Tierney dan pemain tersebut juga menyatakan ingin perubahan baharu pada saingan akan datang.

Nilai semasa Tierney ketika ini dilaporkan berharga £30 juta dan City dilihat tidak bermasalah untuk mendapatkan khidmat pertahanan kebangsaan Scotland itu.

Selain City, salah satu kelab lain yang turut memantau pemain tersebut ketika ini ialah Newcastle, dan peluang untuk Tierney menyerlah di sana mungkin lebih terbuka berbanding bawah kendalian Pep Guardiola.

Malah, laporan turut menyatakan Newcastle tampil dengan sangat yakin untuk mendapatkan Tierney serta mungkin menjadi pemain pertama ditandatangani Howe bagi saingan musim hadapan.

Tambahan pula, Newcastle sudah hampir pasti akan bersaing dalam cabaran lebih besar musim hadapan dan memerlukan lebih ramai berkualiti di segenap posisi.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN