Ketajaman Willian Lira Bakal Selamatkan Karier Beliau Di Kedah Pada Musim Ini

Penyerang import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Willian Lira akhirnya berjaya menutup kritikan ramai menerusi ketajaman dipamerkan beliau di hadapan gawang gol.

Terbaharu, penyerang kelahiran Brazil ini berjaya meledak dua gol untuk membantu Kedah meraih kemenangan 2-1 mengatasi Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi.

Sejak awal perlawanan bermula, Kedah yang tampil selaku pelawat mempamerkan aksi cukup positif untuk menekan pertahanan lawan dari segenap arah serta menguasai keseluruhan permainan.

Beberapa percubaan berbahaya dijelmakan Sang Kenari hampir memberi gol awal buat mereka, sebelum kecemerlangan penjaga gol Negeri Sembilan iaitu Sikh Izhan Nazrel menafikan segalanya.

Akhirnya Lira berjaya membuka akaun jaringan beliau yang keempat musim ini, selepas pemain tersebut cemerlang menanduk bola untuk menewaskan Sikh Izhan bagi meletakkan Kedah di hadapan terlebih dahulu pada minit ke-30.

Namun, kelebihan tersebut dapat dipadam semula setelah pelawat kembali menyamakan kedudukan lima minit kemudian hasil jaringan Zainal Abidin Jamil setelah ada kesilapan dibuat pertahanan Kedah.

Bersambung di separuh masa kedua, Lira sekali lagi mempamerkan kecemerlangan beliau di hadapan gol, dengsn sekali lagi tandukannya berjaya meletakkan Sang Kenari di hadapan pada minit ke-72.

Keputusan perlawanan kekal dan Lira berjaya membantu Kedah kembali bangkit mencipta kemenangan, setelah tampil menerusi dua kekalahan sebelum itu untuk aksi Liga Super.

Sebenarnya, dua jaringan peribadi Lira itu dianggap sangat penting buat penyerang ini untuk membuktikan beliau masih relevan buat Kedah musim ini.

Lira antara pemain yang menerima kritikan teruk sebelum itu, ekoran ketajaman beliau yang sangat teruk di hadapan gol serta agak sepi dalam penghasilan jaringan.

Menerusi dua jaringan yang dilakar Lira semalam, pemain ini berjaya menambah koleksi lima gol musim ini daripada 10 perlawanan dihadapi beliau bersama Kedah.

Malah, keyakinan penyerang tersebut juga pastinya semakin bertambah dan Nafuzi Zain pastinya menjadi antara insan paling berpuas hati serta mengetahui apa sebenarnya diperlukan Lira untuk menjaringkan gol.

Kedudukan semasa setakat ini menyaksikan Kedah berada di tangga kelima dan dibezakan hanya lima mata sahaja berbanding Selangor yang berada di tangga kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN