Willian Lira & Fernando Forestieri: Kaki Siapa Bakal Gembirakan Penyokong Masing-Masing?

Aksi Liga Super 2023 terus bersambung dengan salah satu perlawanan membabitkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah Darul Aman (Kedah) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Ianya jelas menjadi aksi tumpuan, selepas kedua pasukan tersebut kini merajai carta Liga Super, serta tampil dengan prestasi sangat memberansangkan dalam beberapa perlawanan awal.

Namun kelebihan pastinya terarah kepada JDT yang jelas sangat konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi mereka sepanjang awal musim ini dengan keputusan sangat menarik.

Kedah pula, menerusi rombakan baharu dibuat ini segalanya tampak lancar selepas pemain masih cuba untuk mengadaptasi corak permainan diterapkan oleh Nafuzi Zain sejak pramusim lalu.

Cerita tentang kualiti penyudah, sudah tentu JDT tampil lebih menonjol menerusi 30 jaringan yang sudah terhasil daripada tujuh perlawanan dilalui mereka.

Manakala pelawat pula sehingga kini sudah merekodkan 13 gol secara keseluruhan dan perbezaan jumlah jaringan itu jelas sangat ketara membabitkan kedua pasukan tersebut.

Penjaring terbanyak JDT ketika ini pastinya terarah kepada pemain bintang mereka iaitu Fernando Forestieri yang sudah pun meledak enam gol secara keseluruhan bersama lima bantuan jaringan.

Forestieri setakat ini kekal diturunkan selaku kesebelasan utama dalam semua perlawanan dihadapi dan boleh dianggap kunci utama serangan buat JDT menerusi kreativiti serta ketajamannya.

Sepanjang tujuh perlawanan liga, Forestieri sudah pun melepaskan 25 rembatan dengan 13 daripadanya tepat ke gawang gol menerusi kada peratus ketepatan ialah sebanyak 52%.

Ini menjadikan Forestieri selaku penyerang paling tajam serta mempunyai kreativiti sendiri untuk membantu rakan sepasukan lain mendapatkan jaringan.

Mengenai penyerang Kedah pula, tumpuan pastinya diberikan kepada pemain baharu ditandatangani musim ini dari Brazil iaitu Willian Lira.

Walaupun dikritik hebat ekoran ketumpulan beliau mendapatkan gol, Lira berjaya mencipta kebangkitan tersendiri untuk meledak jaringan tunggal pada perlawanan lalu ketika berdepan Penang.

Sehingga kini, Lira sudah pun meledak tiga jaringan bersama satu bantuan gol untuk menjadikan beliau pemain yang wajar diberikan tumpuan lawan.

Walaupun kadar ketepatan percubaan beliau agak lemah, Lira kini dilihat semakin meningkat dalam permainan untuk memahami kehendak diperlukan oleh Nafuzi Zain di atas padang.

Kelibat dua penyerang ini pastinya akan menjadi tumpuan penting, kerana masing-masing pastinya ingin menjadi wira utama kelab untuk mendapatkan gol, sekali gus mengesahkan tiga mata buat pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN