Tak Peduli ‘Rungutan’ Netizen Indonesia, Shin Tae-yong Minta PSSI Teruskan Proses Naturalisasi Jordi Amat

Jordi Amat Indonesia

Meskipun terdapat bantahan dari sebahagian penyokong dan pemimpin Indonesia, Shin Tae-yong tetap dengan keputusannya untuk mendaftarkan pemain pertahanan baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat sebagai pemain naturalisasi negara tersebut.

Dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), ketua jurulatih skuad Garuda itu telah mengutus surat kepada ketua umum badan induk bola sepak berkenaan, Mochamad Iriawan untuk meneruskan proses berkenaan.

Ia disahkan oleh jurucakap PSSI, Yunus Nusi yang memberi jaminan pihaknya akan menyokong setiap permintaan jurulatih dari Korea Selatan itu demi kebaikan bola sepak Indonesia.

“Ya STY (Shin Tae-yong) menulis surat pada tarikh 30 Jun 2022. Isinya proses naturalisasi diminta diteruskan. Kami sebagai federasi dan tentu arahan dari ketua umum akan meneruskannya,” ujar Yunus.

“Karena naturalisasi 3 pemain senior termasuk Jordi adalah keinginan STY. PSSI akan mendukung semua keinginan jurulatih termasuk melakukan pemusatan latihan di mana pun.”

Berita penyertaan pemain kacukan Sepanyol-Indonesia tersebut ke kelab JDT seperti diketahui telah mendapat pelbagai reaksi terutamanya dari kalangan penyokong negara kepulauan terbesar di dunia itu.

Ada yang menyambut perkhabaran tersebut dengan respon positif disebabkan reputasi JDT selaku salah sebuah kelab yang berprestij di Asia.

Tetapi tidak kurang juga komen-komen bersifat negatif yang menentang keras hasrat pemain kelahiran Catalan itu untuk meninggalkan Eropah dan sekadar meneruskan karier profesionalnya di Asia Tenggara.

Bagaimanapun Jordi Amat dalam satu kenyataan menerusi akaun media sosialnya menjawab segala tuduhan mengenai dirinya.

“Saya ingin memaklumkan bahawa nenek saya lahir, besar dan tinggal di Makassar, Indonesia, di mana saya masih mempunyai keluarga di sana. Saya sanggat bangga dapat membantu pasukan kebangsaan Indonesia,” ujar pemain berusia 30 tahun itu.

Jordi Amat Jelas Sebab Sertai JDT Bukan Kerana Wang Semata, Tetapi Ada Alasan Kukuh Tersendiri

“Kerja keras dan pengalaman saya serta semua itu akan saya usahakan untuk membuat kalian bangga akan pencapaian kita di masa akan datang.

“Saya harap teman-teman semua menghormati keputusan saya meninggalkan Eropah, keluarga dan kawan-kawan. Saya rasa saya sudah melakukan hal yang tepat terhadap perjalan baharu bola sepak dalam hidup saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN