Liga Super: Jaringan Park Tae-su Padam Rekod Bersih Syihan Hazmi Di Paroi

Negeri Sembilan gagal untuk menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila mereka mencatat kekalahan dalam aksi Liga Super 2022 di tangan pelawat, Sabah dengan keputusan penuh 0-1 hasil jaringan tunggal, Park Taesu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tersebut, jelas aksi dipamerkan sangat menarik apabila kedua pasukan saling berbalas serangan di hadapan ribuan penyokong yang bersorak.

Walaupun begitu, aksi kedua yang dipamerkan oleh penyerang baharu pelawat iaitu Jose Embalo dilihat agak mengecewakan apabila pemain ini langsung tidak memberi impak sepanjang permainan berlangsung.

Lima minit perlawanan berlangsung menyaksikan kedua pasukan masih lagi mencari rentak permainan mereka tersendiri dengan sesekali Sabah tampil mencipta bentuk serangan agak berbahaya ke kubu tuan rumah.

Tuan rumah hampir memperoleh gol pertama perlawanan menerusi Matheus Alves, namun rembatan penyerang tersebut berjaya ditepis oleh Khairul Fahmi Che Mat untuk menyelamatkan keadaan pada minit ke-7.

Selepas 20 minit perlawanan berlangsung, kedua pasukan dilihat buntu untuk menemui gol pertama perlawanan yang dicari selain bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Gandingan antara Gustavo, Matheus Alves, dan Yashir Pinto nyata memberi kesukaran buat barisan pemain pertahanan Sabah, apabila trio tersebut nyata mempunyai persefahaman baik ketika bergerak dan menjana serangan.

Sehingga 50 minit perlawanan, jelas tiada impak yang positif dipamerkan oleh penyeranh baharu Sabah iaitu Jose Embalo setelah setiap pergerakan pemain tersebut mudah dipatahkan oleh pertahanan tuan rumah.

Pada minit ke-61, Syihan Hazmi akhirnya tewas juga kepada tonggak tengah Sabah, Park Taesu setelah pemain itu bijak menanduk dari sebelah kiri untuk mengelirukan penjaga gol tersebut.

Sabah nyata tampil berbeza dalam aksi separuh masa kedua ini apabila lebih banyak mendominasi serangan serta tenang menyerap asakan lawan selain setiap hantaran dibuat lebih tersusun.

Walaupun ada pertukaran pemain dibuat oleh Negeri Sembilan yang memfokuskan posisi tengah dan serangan, namun itu dilihat masih belum mencukupi buat tuan rumah untuk memburu gol penyamaan.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil dengan Sabah memperoleh kemenangan ketujuh mereka musim ini daripada 10 perlawanan dihadapi.

Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu juga mengesahkan kedudukan di tangga kedua Liga Super 2022 untuk terus mengekori rapat pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kesebelasan utama

Negeri Sembilan: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Penjaga gol), Che Rashid Che Halim, Herold Mark Goulon, Omid David Nazari, Matheus Alves Leandro, Nasrullah Hanif Johan (Kapten, Ahmad Khuzaimi Piee, Saiful Ridzuwan Selamat, Mohamad Zamri Pin Ramli, Yaser Armando Pinto Islame, Gustavo Almeida dos Santos

Sabah: Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga gol), Jackson de Souza, Taesu Park, Baddrol Bakhtiar (Kapten), Tommy Mawat Bada, Taiki Kagayama, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Stuart John Wilkin, Dominic Tan Jun Jin, Saddil Ramdani, Jose Alberto Djalo Embalo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN