Tak Mampu Menjadi Pemain, Lelaki Jepun Ini Beli Kelab Bola Sepak

Kenji Yoshida terpaksa melupakan hasratnya utnuk menjadi pemain bola sepak kerana penyakit yang dihidapinya.

Tetapi dengan menjadi pengarah urusan sebuah kelab bola sepak di Kemboja, sekurang-kurangnya beliau dapat kerja dalam bidang yang diminatinya.

n-cambodia-a-20151016

Yoshida, 32, berpindah ke Kemboja pada Jun 2014 selepas mendapat tawaran bekerja di TriAsia Phnom Penh FC. Ketika itu, kelab bola sepak ini dimiliki oleh majikannya yang juga merupakan syarikat trading Jepun, TriAsia Group.

Selepas hanya 6 bulan, TriAsia Group mengambil keputusan untuk menjual TriAsia Phnom Penh FC kerana masalah kewangan.

Yoshida meletak jawatannya di TriAsia Group dan mengeluarkan ¥5 juta (atau RM178,000) duit simpanannya untuk membeli dan mengambil alih TriAsia Phnom Penh FC.

“Saya risau dengan masa depan pemain-pemain kelab ini,” kata Yoshida dalam temu ramahnya dengan akhbar The Japan Times.

Selepas membeli kelab tersebut, Yoshida mengubah nama kelabnya kepada Cambodian Tiger FC.

Kemudian Yoshida mencari syarikat baru yang berminat untuk menjadi pemilik Cambodian Tiger FC. Beliau berjaya mendapat pemilik baru 2 bulan kemudian.

Di bawah pemilik baru, Yoshida bertugas sebagai pengarah urusan kelab. Beliau bertanggungjawab merancang dan memantau urusan kelab supaya mendatangkan keuntungan kepada pemilik baru kelab.

4-kenji-yoshida

Yoshida yang berasal dari Fukuoka, menghidap penyakit buah pinggang yang dinamakan Sindrom Nephrosis sejak daripada bangku sekolah. Ini membantutkan cita-citanya untuk menjadi pemain bola sepak.

Selepas menghabiskan pengajian di Yokohama National University, Yoshida bekerja di syarikat IT selama 8 tahun. Kemudian beliau meneyrtai TriAsia untuk memenuhi impiannya bekerja dalam industri bola sepak.

Apabila peluang mengambil alih kelab bola sepak terbentang di hadapannya, Yoshida tidak berfikir panjang untuk mengeluarkan semua duit simpanannya.

Kini Yoshida masih sibuk mengurus Cambodian Tiger FC. Beliau juga aktif melaksanakan projek menderma bola kepada kanak-kanak Kemboja di luar bandar hasil tajaan beberapa syarikat Jepun.

Baca juga: Mengapa Jepun Mula Melabur Duit Dalam Bola Sepak Asia Tenggara?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN