Philipp Lahm Bermain Sebagai Penyerang Bayern, Belasah Pasukan Amatur 6-1

Philipp Lahm menjadi kapten dan beraksi sebagai penyerang untuk membantu Bayern Munich membelasah pasukan amatur, Paulaner Dream Team 6-1 dalam perlawanan Paulaner Cup.

Paulaner Cup adalah perlawanan tahunan yang dianjurkan oleh syarikat pembuat arak, Paulaner yang juga merupakan penaja Bayern Munich.

Latar belakang Paulaner Cup

Setiap tahun, pemain-pemain amatur dari seluruh dunia berpeluang menunaikan impian mereka untuk bermain menentang pemain-pemain bintang Bayern Munich di Continental Arena.

Apa yang pemain-pemain amatur ini perlu lakukan adalah mendaftar di laman web rasmi Paulaner dan muat naik video atau gambar mereka bermain bola sepak.

Pemilihan pemain dilakukan oleh panel juri yang terdiri daripada:

1. Paul Breitner (pemenang Piala Dunia 1974 dengan Jerman Barat)
2. Philipp Lahm (kapten Bayern Munich)
3. Waldemar Hartmann (personaliti TV Jerman)
4. Raimond Aumann (lagenda penjaga gol bayern Munich & Jerman Barat)
5. Michael Köllner (Pengarah Akademi DFB)

Antara yang terpilih adalah 5 pemain dari China, 2 dari Amerika Syarikat dan selebihnya dari serata Eropah.

Lahm bermain sebagai penyerang

Antara pemain senior Bayern yang terlibat adalah Philipp Lahm, Manuel Neuer, Thomas Mueller, Holger Badstuber, Rafinha, Javi Martinez, Xabi Alonso, Joshua Kimmich dan Jan Kirchoff.

Dalam perlawanan itu, Lahm turut menunjukkan bakatnya bermain sebagai penyerang. Beliau menjaringkan 1 gol dan hampir menambah 1 lagi tetapi dikecewakan oleh penyudah yang tumpul.

Check out captain Philipp Lahm scoring a rare goal in the 6-1 win against the Paulaner Dream Team! He could have even scored two 😉

Posted by FC Bayern München on Tuesday, November 10, 2015

Pada separuh masa kedua, Pep Guardiola mengeluarkan majoriti pemain utamanya dan memasukkan beberapa pemain skuad simpanan dan skuad remaja.

Bagaimanapun, pemain-pemain amatur Paulaner Dream Team masih tak mampu menandingi kualiti pemain simpanan dan remaja Bayern.

Mereka bagaimanapun berjaya menjaringkan gol saguhati apabila pemain amatur dari Itali, Peter Maier menyempurnakan penalti selepas sepakan percumanya terkena tangan pemain Bayern dalam kotak penalti.

PaulanerCup_13_GET_091115.variant846x476

Selepas perlawanan, Lahm berharap pemain amatur dapat mengetahui tahap permainan pemain Bundesliga.

“Saya harap mereka (pemain amatur) seronok dapat bermain tadi. Mereka juga boleh tahu tahap permainan pasukan Bundesliga.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN