‘Tak Cukup Tinggi Untuk Berkarier Di Eropah’ – Anak Mark Schwarzer, Julian Kini Pemain Kuching City

Julian dan Mark Schwarzer Filipina Kuching City 2023

Faktor ketinggian menjadi penghalangnya untuk berkarier di Eropah, tetapi untuk pasaran Asia, anak Mark Schwarzer, Julian, tampak cukup kriteria.

Beraksi di posisi penjaga gol seperti bapanya, Julian dikatakan gagal untuk meneruskan karier di Eropah dan akhirnya mengambil keputusan memilih negara kelahiran ibunya, Filipina untuk beraksi waima beliau lahir di England.

Berhasil untuk ke Filipina selepas dunia kembali ‘dibuka’ pasca Covid-19, beliau menukar kewarganegaraannya dan terpilih untuk menyertai skuad pembangunan Filipina yang beraksi di Philippines Football League (PHL).

Skuad yang seakan-akan konsep Harimau Muda di Malaysia itu dikenali sebagai Azkals Development Team dan beraksi di liga tempatan mereka.

Setahun bergelumang di sana, beliau telah dipinang untuk beraksi di Liga Malaysia bersama Kuching City FC untuk saingan Liga Super musim depan.

Tentunya sukar buat dirinya untuk keluar daripada bayang-bayang ayahnya, pemain ternama di pentas antarabangsa dan pernah bermain bersama kelab-kelab ternama di Premier League seperti Chelsea dan Fulham.

Beliau sudah cuba untuk membina karier di Eropah seperti di Fulham, namun ia tidak menjadi realiti apabila faktor ketinggian menjadi halangan.

Ini diakui bapanya, Mark, yang pernah bercakap kepada portal dari Amerika Syarikat, Sporting News, tentang nasib yang dilalui anaknya itu di sana.

Malangnya, anak saya tidak cukup tinggi untuk bermain di Eropah sebagai penjaga gol. Tingginya tak sampai enam kaki,” ungkap Mark mengenainya.

Untuk Asia, mungkin ketinggiannya itu masih boleh diterima, tetapi untuk Eropah, hanya kelab-kelab di liga bawahan akan mengambilnya,” tambahnya.

Selain Fulham, Julian turut pernah mencuba nasib bersama beberapa kelab liga bawahan lain di England dan Jerman seperti Harlow Town, Slough Town, Chipstead, Pipinsried, Harrow Borough dan Basingtoke Town.

Julian berketinggian 181cm dan untuk Asia terutamanya Asia Tenggara, ia adalah ketinggian yang baik. Malah, dikalangan penjaga gol Filipina, beliau adalah yang terendah di belakang Anthony Pinthus dan Kevin Mendoza.

Begitupun, di saingan Piala AFF 2022 tempohari, beliau telah diturunkan bermain dalam dua perlawanan ketika berdepan Brunei dan Thailand.

Namun, pemerhati bola sepak di Filipina menjangkakan beliau adalah penjaga gol yang perlu diberikan perhatian, sebagaimana komen bapanya.

Dia boleh menggunakan kedua-dua belah kakinya – lambang penjaga gol moden era kini. Dia mungkin tidak tinggi tetapi sangat pantas dan tangkas. Dia menguasai kotak 18 ela dengan sangat baik,” ungkap Mark tentangnya.

Beliau menjadi antara pemain terkini skuad kebangsaan Filipina yang menyertai Liga Malaysia selepas Kevin Mendoza dan Christian Rontini.

Mendoza masih kekal bersama KL City FC untuk musim ketiganya di sana, sementara Rontini pula hanya mampu bertahan semusim di Penang FC.

Piala AFC: ‘Tangan Emas’ Mendoza Bawa KL City Ke Pentas Final

Menariknya, Julian sebenarnya tidak bermula sebagai seorang penjaga gol sehingga berusia 15 tahun, beliau akhirnya  memilih untuk mencubanya.

“Perubahan posisinya berlaku pada usianya 15 tahun dan dia saat itu telah mengambil keputusan untuk mencuba menjadi penjaga gol,” ujar Mark.

Sebelum itu, Julian merupakan seorang pemain tengah dan sayap bersama akademi Fulham sejak berusia sembilan tahun. Dan menurut Mark, Julian adalah pemain yang memiliki kebolehan yang baik sebagai pemain tengah.

Dia [Mark] adalah insan yang banyak membantu saya untuk menukar posisi daripada pemain di tengah padang kepada penjaga gol,” kata Julian kepada portal dari Australia, FTBL tentang peranan yang dimainkannya bapanya.

Ketinggian yang telah membunuh karier saya di England. Saya tukar posisi ketika berusia 15 tahun. Saya sangka saya akan semakin tinggi tetapi ia tidak menjadi seperti yang saya fikirkan,” ungkap Julian tentang posisinya.

Tambahnya lagi, tekanannya sebelum ini hanya disebabkan ketinggiannya dan bapanya adalah idolanya. “Gila jika bukan dia orangnya,” jelas Julian.

Beliau menyertai Kuching City dengan kontrak selama setahun dan dengan impak yang dibawa oleh Mendoza, Julian juga dijangka mampu melakukan perkara yang sama, tambahan pula, bapanya adalah Mark Schwarzer.

Dalam pada itu, Mark dilihat membuat ciapan tentang penghijrahan anaknya dari Filipina ke Liga Malaysia dengan kapsyen, “Sangat menarik”.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN