Ini Sebab Kenapa Wout Weghorst Bakal Jadi ‘Kunci’ Untuk Manchester United Raih Kejuaraan EPL

Wout Weghorst Manchester United

Usaha Manchester United untuk membawa masuk Wout Weghorst mendapat respon yang skeptikal oleh beberapa pihak. Tetapi langkah tersebut dianggap cukup penting buat Erik ten Hag.

Penyerang antarabangsa Belanda tersebut dipinjamkan ke Besiktas dari Burnley, namun beberapa sumber telah mendedahkan kelab Turki berkenaan telah pun memberi kebenaran kepadanya untuk terbang ke England bagi memuktamadkan perpindahan ke Old Trafford.

Pemain berusia 30 tahun tersebut disasarkan sebagai penyelesaian bahagian serangan Manchester United untuk jangka masa pendek ekoran pemergian Cristiano Ronaldo yang baru sahaja diumumkan sebagai pemain baharu kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Sebagai ‘pertukaran’ penyerang Al Nassr, Vincent Aboubakar pula dilaporkan bakal kembali ke Besiktas.

Weghorst dilaporkan semakin hampir untuk melengkapkan perpindahannya secara pinjaman selama tempoh setengah musim dan bersedia untuk menjalani pemeriksaan perubatan bersama Manchester United dalam masa terdekat.

Mungkin ada yang mempertikaikan ‘logik’ untuk skuad The Red Devils mendapatkan penyerang yang bergelut bersama Burnley pada musim lalu.

Namun sejujurnya, pasukan terebut teruk dari segenap segi sehingga ‘terhumban’ dari Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menamatkan saingan di zon penyingkiran.

Bagaimanapun tempoh enam bulan di Besiktas menghidupkan kembali kariernya dan kembali membuktikan kemampuan sebenar apabila mencetak lapan gol dan menyumbang empat bantuan jaringan daripada 16 perlawanan.

Rekod jaringan Weghorst selaku penyerang sebelum tiba di Lancashire sebenarnya cukup memuaskan. Daripada 387 penampilan profesional, beliau telah menjaringkan 169 gol dengan purata 0.44 gol setiap perlawanan dengan pencapaian terbaik adalah ketika beraksi untuk Wolfburg.

Kini beliau bakal beraksi di Manchester United, sebuah pasukan yang sudah serba lengkap di setiap posisi, kecuali penyerang utama yang mana kini hanya Anthony Martial sebagai pilihan tunggal.

Setakat ini pemain yang dibawa masuk oleh Erik ten Hag ke Old Trafford belum ada yang ‘gagal’.

Barisan kejurulatihan Ten Hag juga pastinya sudah membuat analisis terperinci untuk mengenal pasti sejauh mana keperluan untuk mendapatkan penyerang tinggi lampai ini mengikut taktikal pasukan.

Saiz dan fizikal Weghorst bakal menjadi aset penting buat United. Kehadirannya juga akan memberi persaingan buat Martial dan United akan memiliki pemain nombor sembilan terbaik mereka di atas padang untuk setiap perlawanan.

Tempoh enam bulan akan menjadi percubaan untuk pemain ini membuktikan kepentingannya di United dan mungkin bakal diikat secara pembelian tetap jika mampu mencipta impak yang diharapkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN