Piala AFC: ‘Tangan Emas’ Mendoza Bawa KL City Ke Pentas Final

Kevin Mendoza KL City 2021 final

Kevin Mendoza muncul wira KL City FC apabila menyelamatkan satu penalti dan membuat sembilan ‘saves’ sepanjang aksi untuk mara ke final Piala AFC 2022 menewaskan FC Sogdiana 5-3 menerusi sepakan penalti.

120 minit aksi telah berlangsung dan kedua-dua pasukan gagal dipisahkan dan hanya dapat ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Babak pertama berlangsung perlahan dengan kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati dalam mengatur asakan ke kubu lawan. KL City tampak seperti tidak berminat untuk mengatur asakan dan hanya membiarkan Sogdiana mengawal hampir keseluruhan perlawanan dari awal aksi.

Seawal minit ke-2 tuan rumah sudah membuat percubaan ke gawang KL City yang dikawal Kevin Mendoza menerusi percubaan Jasur Khasanov yang dihadang sebelum dua minit kemudian sepakan kaki kiri penyerang, Shokhruz Norkhonov sedikit tersasar di sebelah kanan gawang gol.

Seperti biasa, ‘The City Boys’ hanya menanti lawan membuat kesilapan terutamanya di zon middle third untuk mereka melancarkan counter attack.

Sogdiana lebih berbahaya apabila beberapa kali membuat percubaan, namun penyudah kurang tajam. Antaranya percubaan Sardor Qulmatov di minit ke-13 yang tersasar selain diselamatkan Mendoza pada minit ke-19 .

Norkhonov sekali lagi memiliki peluang meledak pada minit ke-33, namun percubaannya terlampau kuat sehingga tersasar jauh dari gawang pelawat.

Mereka mencipta tiga percubaan tepat di babak pertama, namun gagal menggegar gawang pelawat yang dikawal Mendoza dengan cemerlang.

KL City pula hanya memiliki satu peluang di babak pertama menerusi tandukkan pertahanan, Giancarlo Gallifuoco yang tersasar dari gawang.

Babak kedua menyaksikan tiada perubahan ketara dalam corak permainan kedua-dua pasukan. Yang berbeza hanyalah Sogdiana telah turun dengan formasi berbeza apabila mengubah dari formasi 4-4-2 kepada 4-2-3-1. Namun, ia masih tidak cukup untuk mereka merobohkan benteng KL City.

Paulo Josue memiliki peluang meletak pelawat di depan pada minit ke-48, namun percubaannya tersasar ke sebelah kanan gawang Milan Mitrovic.

Minit ke-60, tandukkan Abdujalil Manazarov pula tersasar berpunca dari situasi ‘set-pieces’. Sogdania jarang mencipta asakan di babak kedua tidak seperti di babak pertama, tetapi mula menekan menuju 20 minit terakhir.

Minit ke-68, tandukkan Shavkat Salomov berjaya diselamatkan sebelum rembatan Khasanov tersasar menerusi sepakan percuma pada minit ke-70.

Romel Morales berpeluang meledak, namun percubaan kaki kanannya di depan gawang tuan rumah pada minit ke-80 telah diselamatkan Mitrovic.

Dua kali percubaan Sogdiana diselamatkan oleh Mendoza di penghujung perlawanan menerusi percubaan oleh Norkhonov dan Shakhboz Jurabekov.

Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan, namun kedua-dua pasukan seolah-olah hanya menanti untuk menamatkannya menerusi sepakan penalti. Walaupun ‘Sogdianian’ cuba mengasak, namun kubu ‘The City Boys’ kental bertahan sehingga ke wisel penamat 30 minit masa tambahan.

Mendoza menyelamatkan salah satu sepakan penalti lawan iaitu Shakhboz Jurabekov untuk KL City mengatasi Sogdiana 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan seterusnya mara ke pentas final Piala AFC buat kali pertama dalam sejarah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN