2 Gol Bertemu FC Copenhagen Sudah Cukup Membuktikan Yang Haaland Bintang Terhebat Dunia Masa Kini

Erling Haaland terus menerus memukau peminat seluruh dunia selepas beliau sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Manchester City.

Bintang kebangsaan Norway itu meledak dua gol ketika membantu Manchester City menewaskan FC Copenhagen 5-0 di Etihad Stadium awal pagi tadi.

Dari 3 perlawanan dalam saingan Champions League musim ini, Haaland sudah berjaya menjaringkan lima gol untuk skuad kendalian Pep Guardiola itu.

Ia jelas sekali satu pencapaian yang sungguh luar biasa dasyat untuk pemain seusia Erling Haaland di pentas terbesar seperti Champions League.

Haaland pada ketika ini baru beraksi 12 perlawanan sahaja dari semua pertandingan untuk Man City dan sepanjang tempoh tersebut, beliau sudah berjaya meledak 19 gol dan mencatatkan 3 assists.

Dalam saingan Premier League sahaja, Haaland sudah berjaya menjaringkan 14 gol termasuk 3 hat-trick.

Ketika beraksi bertemu FC Copenhagen, Haaland berjaya meledak dua gol dan beliau hanya memerlukan 7 minit sahaja untuk membuka tirai jaringannya dalam perlawanan tersebut.

Pada minit ke-32 permainan, Haaland meledak gol kedua peribadinya untuk membantu Man City mendahului permainan 2-0.

Pep Guardiola kemudiannya mengeluarkan Haaland pada aksi babak kedua dan mungkin kerana beliau mahu merehatkan bintang Norway itu untuk aksi bertemu Southampton dalam saingan Premier League nanti.

Satu lagi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan berjaya dipamerkan oleh Haaland dan tidak diragukan lagi beliau sememangnya antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Haaland kini sudah berjaya menjaringkan 28 gol dalam saingan Champions League bersama Red Bull Salzburg, Borussia Dortmund dan Manchester City.

Beliau kini sudah berjaya menyamai rekod yang dicatatkan oleh legenda Manchester United, Ryan Giggs dan bekas bintang Bayern Munich, Jean-Pierre Papin sebagai antara penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam saingan Champions League.

Pada awal minggu baru-baru ini, Pep Guardiola tampil memberikan pujian yang menggunung kepada Haaland dan menganggap pemain penyerang itu sebagai bintang muda terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

“Di usia beliau, tidak ada sesiapa setanding dia, tidak ada sesiapa pun.”

Jelas Pep Guardiola.

“Nombor yang dia ada membuktikan untuk segalanya.”

Melihat kepada persembahan mantap yang Haaland persembahkan pada ketika ini, tidak diragukan lagi beliau sememangnya antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Dan seandainya beliau mampu konsisten, tidak mustahil Haaland bakal terus dikenang sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN