Bekas kapten skuad kebangsaan Rusia, Roman Shirokov bertindak di luar kawalan apabila beliau telah mencederakan seorang pengadil tanpa belas kasihan pada Kejohanan Piala Selebriti Moscow.
Semuanya berpunca daripada kekasaran terhadap Shirokov dalam kawasan penalti yang tidak diendahkan pengadil perlawanan, Nikita Danchenko sehingga membuatkan bekas pemain berusia 39 tahun itu ‘naik angin’.
Protes yang berkemungkinan kata-kata kesat dilemparkan Shirokov nyata tidak disenangi Dachenko apabila beliau pergi ke arah pemain tersebut untuk melayangkan kad merah.
Menurut sumber Sport Bible, terdapat saksi mendengar Shirokov memberikan amaran yang berbunyi: ‘Jika anda tunjukkan kad merah, saya akan berikan anda [sambil menunjukkan penumbuknya kepada Dachenko]’.
Sebaik sahaja menerima kad merah, Shirokov terus melepaskan tumbukan sehingga menyebabkan Danchenko tumbang dan disusuli pula dengan sepakan di badan pengadil tersebut.
Melihatkan insiden itu berlaku, penjaga gol dan seorang pemain pasukan lawan pantas untuk menghalang Shirokov dari terus bertindak ganas.
Here’s what former Russia star Roman Shirokov did to a referee in the yesterday’s amateur league match after not being awarded a penalty he thought he earned. pic.twitter.com/tkSGHVBNo0
— Artur Petrosyan (@arturpetrosyan) August 11, 2020
Susulan kejadian ‘ngeri’ melanda dirinya, Danchenko telah mengalami kecederaan di bahagian mata yang memerlukan beberapa jahitan.
”Apa yang tidak membunuh anda, akan membuatkan anda menjadi lebih kuat, seperti yang mereka katakan. Oleh itu, kami perlu terus melangkah dan teruskan bekerja.”
”Terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat, ia merupakan detik yang sukar buat saya dan orang yang tersayang,” ujar Danchenko.
The referee Nikita Danchenko plans to go to the police but fears his career might be over as “Shirokov has too many connections.”
Shirokov only apologised this morning.
He’s been suspended from all @Matchtv activity where he is an expert. pic.twitter.com/9yB6YVQnXT— Artur Petrosyan (@arturpetrosyan) August 11, 2020
Shirokov juga telah membuat permohonan maaf terhadap ketelanjuran perlakuannya dan menyesali apa yang berlaku.
”Saya ingin menyampaikan permintaan maaf yang tulus kepada Nikita atas tindakan tidak wajar yang saya lakukan.”
”Saya sedar tidak memberikan sepakan penalti yang jelas dan kad merah yang ditunjukkan tidak boleh menjadi alasan untuk ‘naik tangan’, saya berharap Nikita akan kembali bertugas secepat mungkin.”
”Saya juga ingin meminta maaf kepada penganjur pertandingan, rakan sepasukan saya, Match TV dan para penonton,” tambah Shirokov lagi.
Pada kejohanan itu, Shirokov beraksi bersama pasukan Match TV yang mana merupakan saluran televisyen tempat beliau bertugas sebagai pundit. Sehubungan dengan itu, beliau telah digantung tugasan bersama Match TV.