“Tahu Budaya Bola Sepak & Pemain Thailand” – Lanjutan Kontrak 2 Tahun Istimewa Buat Alexandre Polking

Alexandre Polking Thailand kontrak 2 tahun 2022

Pulang semula ke Thailand dari Vietnam selepas hampir setahun untuk mengemudi skuad kebangsaan ternyata memberikan hasil lumayan buat Alexandre Polking apabila kini beliau dilanjutkan kontrak selama dua tahun.

Kembali ke Thailand dengan kontrak jangka pendek – kira-kira tiga bulan, Alexandre Polking menyahut cabaran untuk memberikan sesuatu buat Thailand yang pada saat itu terumbang ambing di bawah kendalian jurulatih kelahiran Jepun, Akira Nishino yang memiliki pengalaman mengemudi negaranya di saingan Piala Dunia 2018.

Dalam tempoh hanya dua bulan sebagai persediaan, Thailand berjaya mempamerkan permainan memukau dan menjulang kejuaraan ke-6 Piala AFF, terima kasih atas tunjuk ajar dan taktikal mantap oleh Alexandre Polking.

Dua hari lalu, beliau membuat ciapan di akaun Twitternya tentang lanjutan kontrak buatnya untuk kekal sebagai pengendali Thailand selama dua tahun. Jelas sekali, beliau layak untuk terus mengemudi Gajah Perang saat ini.

I’m delighted and proud to announce that we are going together for another 2 years!! Thanks to President Somyot, Madam Pang, my staff, the thai fans and of course a big thanks to my players! The game belongs to the the players and they were just amazing!!!” ciapnya.

Bagaimana beliau berjaya membentuk skuad yang sangat ampuh dalam tempoh dua bulan? Ia bukan hanya sekadar kisah kehadiran Chanatip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan yang berada dalam skuad mereka. Bahkan skuad kedua mereka juga mampu menundukkan pasukan ‘liat dan keras’, Singapura dengan baik.

Tanpa majoriti pemain utama, mereka menang selesa 2-0 ke atas Singapura dalam aksi terakhir kumpulan.

Jadi, ia bukanlah hanya tentang Chanatip Songkrasin atau Theerathon Bunmathan, tetapi bagaimana Alexandre Polking menerapkan permainan yang sesuai dengan ‘watak’ pemain-pemain yang dibawanya ke Singapura.

Menurut laman Breaking The Lines, para pemain Thailand berjaya menterjemah dengan jayanya taktikal Alexandre Polking di Piala AFF. Menggunakan formasi taktikal 4-3-3 dan 4-1-2-1 mengikut kesesuaian, beliau tahu dengan tepat kemampuan pemain-pemainnya dan pendekatan yang sesuai dengan situasi perlawanan.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Hampir sembilan tahun memerah keringat di Thailand sebelum berkelana ke V-League untuk bersama Ho Chi Minh City, beliau sudah ‘dekat’ dengan budaya bola sepak Thailand dan kenal rapat dengan kemampuan pemain Thailand. Malah beliau pernah berada dalam kem skuad kebangsaan sebagai pembantu jurulatih mereka.

Jadi, tiada masalah buatnya untuk segera menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak di Thailand itu.

Ketika dilantik sebagai pengendali untuk tempoh singkat sebelum ini, menurut pengurus skuad kebangsaan Thailand, Madam Pang yang memilihnya, Alexandre Polking memenuhi semua kriteria untuk bersama mereka.

“Dengan hanya berbaki dua bulan sebelum Piala AFF, kami mahukan jurulatih yang memahami budaya bola sepak Thailand dan juga para pemain Thailand. Kami yakin dengan pengalaman dimilikinya, dia akan bawa kejayaan buat skuad kebangsaan,” tegas Madam Pang mengenai Alexandre Polking.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN