Berbanding Akira Nishino, Terbukti Alexandre Polking Lebih ‘Dekat’ Dengan Jiwa Thailand

Supachai Jaided Thailand Singapura Piala AFF 2020 Alexandre Polking

Pengendali baharu Thailand, Alexandre Polking jelas lebih ‘dekat’ dengan bola sepak mereka berbanding Akira Nishino yang dipecat Julai lalu apabila tampak berhasil mengubah penampilan Gajah Perang secara total.

Thailand mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020 selaku juara Kumpulan A selepas menundukkan tuan rumah, Singapura dengan keputusan 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, malam tadi.

Biarpun tidak turun dengan kekuatan sebenar apabila merehatkan hampir keseluruhan skuad utamanya, mereka mampu menundukkan Singapura tanpa dibolosi sebarang gol. Jelas, ia amaran awal buat semua pasukan.

Begitupun, pada setengah jam awal, mereka dilihat sedikit terjejas dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan Singapura tampak mengawal permainan terlebih dahulu. Minit ke-31, percubaan pertama Thailand telah mengubah perjalanan perlawanan dan memberi keyakinan penuh buat anak buah Alexandre Polking.

Percubaan pertama itu memberikan jaringan pertama buat mereka menerusi Elias Dolah yang hanya membuat sentuhan mudah selepas percubaan Bordin Phala menerusi sepakan percuma ditepis Hassan Sunny.

Di saat babak pertama menuju ke penghujung, hantaran kemas di antara pertahanan Singapura oleh Worachit Kanitsribampen berjaya menemui Supachai Jaided di zon 14 tanpa kawalan dan menyudahkannya dengan rembatan deras melewati Hassan Sunny buat kali kedua untuk Thailand selesa mendahului perlawanan.

Biarpun tanpa pemain harapan Alexandre Polking iaitu Teerasil Dangda, Supachai Jaided tampil menunjukkan yang beliau adalah wajah masa depan jentera serangan Thailand menerusi jaringan pertamanya di pentas AFF. Namanya sudah lama dilaungkan, tetapi mereka melalui detik sukar sebelum kedatangan Alexandre Polking.

Singapura berpeluang untuk mendekatkan jurang gol pada minit ke-59, namun percubaan Shawal Anuar telah diselamatkan oleh penjaga gol, Siwarak Tedsungnoen di saat Singapura berhasil melancarkan serangan pantas ke depan pintu gol Thailand, bermula apabila mereka menerima sepakan percuma di kawasan middle third.

Kemenangan ini membolehkan Thailand diangkat sebagai juara Kumpulan A dengan 12 mata hasil menang semua perlawanan, diikuti Singapura di kedudukan kedua dengan sembilan mata. Ia juga rekod tanpa kalah buat Alexandre Polking yang menjadikan pentas AFF ini sebagai pembuka bicaranya mengemudi Thailand.

Berbanding Akira Nishino yang mengemudi mereka di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Alexandre Polking lebih kenal bola sepak Thailand apabila pernah menjadi pembantu jurulatih skuad tersebut sekitar tahun 2012 dan 2013, malah membimbing beberapa pasukan di Thai League sepanjang tujuh tahun.

Malah, beliau tahu menggunakan kekuatan penyerang veteran, Teerasil Dangda, malah membuahkan hasil dengan pemain itu telah meledak empat gol setakat ini serta memintas rekod pemain Singapura, Noh Alam Shah sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah saingan Piala AFF dengan catatan 19 jaringan peribadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN