Tahith Chong Dipinjamkan Ke Werder Bremen

Tahith Chong Werder Bremen

Pemain muda Manchester United, Tahith Chong telah mula menjalani latihan bersama Werder Bremen sebelum melengkapkan pinjaman selama 10 bulan ke kelab Jerman berkenaan.

Pemain sayap berusia 20 tahun itu telah menandatangani kontrak baharu pada Mac lalu yang akan mengekalkannya di United sehingga Jun 2022.

Chong menyertai akademi United pada 2016 dari Fayenoord dan telah membuat penampilan pertama bersama skuad senior pada Julai 2018.

“Walaupun rundingan pinjaman belum dimuktamadkan, Chong telah pun diberi kebenaran untuk menjalani latihan bersama kelab,” ujar kelab Bundesliga tersebut dalam ciapannya di Twitter.

Bremen juga memaklumkan kelab tersebut akan membayar majoriti daripada gaji Chong sepanjang dipinjamkan.

“Dia mempunyai kelajuan yang baik dan saya mengkagumi  tahap kecergasannya. Berdasarkan situasi [kewangan] kami, saya percaya dia pemain yang menarik untuk menyertai pasukan ini,” ujar pengarah Bremen, Frank Baumann.

Peluang Chong untuk mendapat lebih banyak minit permainan di United dilihat agak sukar memandangkan semua pemain utama telah cergas sepenuhnya di mana keli terakhir beliau beraksi ketika dimasukkan dari bangu simpanan dalam perlawanan peringkat kalah mati Liga Europa (UEL) berdepan LASK.

Werder Bremen kini sedang menjalani latihan pra-musim di Zillierdiech, Austria sebagai persiapan untuk musim baharu Bundesliga yang telah dijadualkan bermula pada 18 September ini.

Skuad kendalian Florian Kohfeldt itu berdepan dengan musim yang buruk dengan menamatkan saingan liga di tangga ke-16, namun terselamat dari penyingkiran selepas memenangi aksi penentuan play-off berdepan pasukan Bundesliga 2, Heidenheim menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Chong juga merupakan anggota skuad kebangsaan Belanda bawah 21 tahun (B-21).

Kredit Foto: Werder Bremen

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN