Quantcast
Pemain Piala Presiden Sarawak, Syazwan Busrah Dikejarkan Ke Hospital Selepas Perlawanan


BERITA

Pemain Piala Presiden Sarawak, Syazwan Busrah Dikejarkan Ke Hospital Selepas Perlawanan

Friday, 21 Apr 2017

Pemain Piala Presiden Sarawak, Syazwan Busrah dikejarkan ke hospital ketika perlawanan sedang berlangsung petang semalam.

Laporan yang dilaporkan di media sosial Facebook Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya melaporkan Syazwan Busrah (gambar bawah) tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke hospital berdekatan di Kuching petang semalam.

Pemain Pertahanan Skuad Piala Presiden Sarawak, Syazwan Busrah.
Kredit: Shoot Sampei Bisak

Perlawanan Kumpulan A Piala Presiden 2017 di antara Sarawak dan UITM FC berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching menyaksikan Sarawak terpaksa mengakhiri perlawanan dengan 9 pemain.




Pemain pertahanan berusia 20 tahun, Syazwan Busrah dilaporkan terbabit dengan pergelutan di hadapan tiang gol untuk mempertahankan sepakan sudut yang diambil oleh pasukan UITM FC.

Pasukan perubatan kelihatan berusaha untuk membantu Syazwan Busrah sebelum beliau dikejarkan dengan ambulans ke hospital berdekatan.

Sehingga berita ini ditulis pada pagi ini, kami masih belum menerima maklumat terkini akan pemain muda Sarawak ini. Beliau dilaporkan masih belum sedarkan diri setakat jam 8 malam tadi.

Perlawanan ke-8 Piala Presiden 2017 yang berlangsung petang semalam menyaksikan Sarawak mendahului seawal minit ke-13 hasil jaringan Azman Chuchu.

Aksi Syazwan menentang JDT III. Kredit: JST

Walaupun mencipta beberapa peluang terbuka untuk menambah jaringan, skuad junior Bujang Senang dikejutkan dengan gol penyamaan UITM FC melalui jaringan Muhd. Rafie pada minit ke-38.

Perlawanan separuh masa pertama terikat dengan jaringan 1-1.

Beberapa pertukaran pemain dilakukan oleh jurulatih Veloo A/L Sinnathamby di babak kedua untuk memperoleh gol kemenangan.

Aksi Syazwan menentang pasukan Kedah, Piala Presiden 2017. Kredit : KFA

Permainan terpaksa dihentikan selama 6 minit pada minit ke-88 akibat kecederaan yang menimpa Syazwan Busrah.

Nasib Sarawak bertambah malang apabila pemain tengah, Abdul Rahman Ismawi dilayangkan kad merah ketika masa tambahan 6 minit yang diberikan pengadil.

Skuad muda Bujang Senang bagaimanapun kekal utuh untuk mempertahankan jaringan sekaligus memungut satu mata dari perlawanan ini. Sarawak kekal di tangga ke-9 daripada 10 pasukan manakala Selangor UITM FC menduduki tangga ke-5 Kumpulan A.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan agar Syazwan Busrah kembali pulih dan cergas untuk saingan berikutnya.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi