Quantcast
Daniel Alves Beritahu Neymar Untuk Bangkit Segera Dari Kekalahan


BERITA

Daniel Alves Beritahu Neymar Untuk Bangkit Segera Dari Kekalahan

Friday, 21 Apr 2017

Terdapat emosi bercampur bagi Dani Alves selepas beliau membantu Juventus menyingkirkan Barcelona daripada Liga Juara-Juara.

Alves menganggap ia seperti pahit dan manis. Di kala rakan-rakan lain meraikan kejayaan mereka, Alves lebih memilih untuk lebih tenang dan cuba menenangkan bekas rakan sepasukan beliau terutamanya Neymar.

Alves terus memeluk Neymar ketika rakan senegaranya itu tidak mampu menahan kesedihan selepas tersingkkir dari UCL.




Alves berkata:

“Ia berbeza. Setakat ini ada satu perasaan agak pelik, pahit bercampur manis. Hakikatnya, terlalu banyak kenangan di sini dan kemudian saya perlu kembali sebagai musuh.”

“Saya terpaksa melepasi peringkat ini dengan berhadapan Barcelona. Apa boleh buat, saya terpaksa melakukannya.”

“Adakah ini mimpi buruk untuk Barcelona dan adakah ini mimpi indah untuk saya? Saya tak tahu bagaimana untuk menggambarkannya.”

“Namun, dalam saingan peringkat tertinggi seperti ini, anda akan sentiasa bersaing dengan lawan terbaik. Dan memang akan ada rasa gembira untuk menewaskan pasukan yang hebat seperti Barcelona.”

“Saya rasa, kami baru sahaja melepasi ujian yang sangat besar dalam peringkat kalah mati. Kami tidak melepaskan sebarang bolos kepada MSN.”

“Menang ke atas pasukan Barcelona dalam perlawanan yang sangat sukar adalah satu merit pencapaian yang hebat. Saya sentiasa bersedia berhadapan dengan pasukan yang hebat.”

Apa yang dikatakan kepada Neymar

Alves juga menjawab soalan wartawan tentang apa yang dia katakan kepada Neymar. Alves berkata:

“Sebelum ini saya pernah berkata, jika boleh saya tidak mahu berhadapan dengan Barcelona. Tapi saya harus berbuat demikian.”

“Saya memberitahu Neymar, inilah lumrah dalam bola sepak. Kalau boleh saya tidak mahu berhadapan dengan pasukan yang saya pernah bersama mereka sekian lamanya.”

“Terlalu banyak kenangan di sana. Ia sentimental dan lebih teruk anda berada dalam pasukan yang berlainan.”

“Namun saya terpaksa mengenepikan perasaan sentimental. Semua pemain perlu mempertahankan ‘warna’ masing-masing.”

“Itulah bola sepak, hari ini anda menang, esok anda kalah. Saya tak mahu Neymar terlalu sedih dengan kekalahan ini dan dia harus bangkit serta lupakan kekalahan ini.”

Baca juga: Pemain Piala Presiden Sarawak, Syazwan Busrah Dikejarkan Ke Hospital Selepas Perlawanan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Daniel Alves Beritahu Neymar Untuk Bangkit Segera Dari Kekalahan



Berita Bola Yang Menarik